Tahukah anda bahawa tanah liat bagus untuk kulit yang berminyak?
Bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian dengan jenis kulit kita, lebih-lebih lagi bagi kulit yang berjerawat. Lebih parah, kebanyakan produk seperti krim pelembap serta kosmetik biasanya akan menggalakkan kulit untuk hasillkan lebih banyak sebum (minyak) pada wajah… dan sebab itu adalah mustahak untuk kita amalkan penggunaan masker sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Tetapi masker apa yang terbaik untuk kulit?
Wanista senaraikan 6 jenis masker yang berasaskan tanah liat, pastinya terbaik untuk semua jenis kulit terutamanya yang berasaskan ramuan tanah liat. Ini kerana, tanah liat mampu bertindak seperti haba yang membuka kesemua liang pori pada wajah untuk menarik keluar kotoran.
#1 Peter Thomas Roth Therapeutic Sulfur Masque Acne treatment Masque
Bertindak seperti ubat-ubatan yang bagus untuk memulih dan membantutkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Ia mampu menghalang kulit kusam serta pembesaran liang pori. Dengan kombinasi 10% sulfur, kaolin dan tanah liat jenis bentonite, masker ini perlulah digunakan dua hingga tiga kali berselang hari dalam seminggu untuk keberkesanan optimum.
Bukan sahaja boleh digunakan pada wajah semata, ia juga baik untuk disapu ke permukaan dada dan bahagian belakang tubuh. Sebaik kering, boleh dibilas seperti biasa.
Masker ini akan membersih hingga ke lapisan kulit paling dalam dan hasilnya kulit terasa segar seperti baru keluar daripada salon. Paling menarik, produk ini berasaskan bahan organik tanah liat dan bebes kimia berbahaya.
#2 Laneige Mini Pore Water Clay Mask
Selain mengecutkan liang pori, ia boleh menarik keluar semua kotoran yang terperangkap dalam liang pori dan yang melekat atas permukaan kulit agar bebas daripada serangan jerawat serta-merta.
Seperti yang kita semua tahu, Laneige juga merupakan produk terbaik yang banyak memanfaatkan lembapan, jadi tak perlu risau andai kulit anda kering. Masker ini tidak akan buat kulit kering bahkan akan menyalurkan lebih kelembapan biarpun dibuat dari sumber tanah liat.
#3 Fresh Umbrian Clay Purifying Mask
Menariknya masker ini, ia juga boleh digunakan secara harian seperti sabun pembersih wajah. Bertindak mengawal penghasilan minyak wajah serta mampu membersihkan liang pori daripada kotoran degil seperti habuk, asap serta minyak yang bergabung menyesak pori sehingga menggalak kemunculan anasir jahat seperti jerawat dan keradangan kulit, ruam.
#4 Kiehl’s Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque
Tidak bertindak kasar pada kulit, ia menggunakan formulasi paling mesra untuk merangsang proses pembersihan kulit yang menggunakan tanah liat sebagai ramuan utama. Jangan terkejut kalau kulit anda serta-merta jadi lembuut dan bersih sekaligus selepas menggunakan masker ini!
#5 Glamglow Supermud Clearing Treatment
Diformulasikan hebat untuk membersih kulit sebersih-bersihnya, jenama masker Glamglow yang pernah memenangi banyak anugerah ini menggunakan enam jenis asid baik untuk memulih masalah utama kulit termasuklah masalah kekeringan, kemerahan serta parut. Lebih berkesan apabila ia juga menggunakan tanah liat sebagai sebahagian ramuan magis untuk memperbaiki kondisi kulit si pemakai!
Pilihan Penulis
This Works Evening Detox Clay Mask
Tiada bau melampau, paraben, minyak mineral, sulfat mahupun sebarang kimia berbahaya. Ia mengandungi bahan aktif yang disunting dari alam semula jadi.
Bukan itu sahaja, jenama This Works juga telah banyak menerima anugerah berprestij kerana bersifat organik dan memberi 1001 manfaat kepada manusia.
Boleh digunakan satu hingga dua kali seminggu, ia diformulasikan dengan Malachite serta tanah liat jenis kaolin yang akan bantu mendetoks kulit hanya dalam 10 minit! Tanah liat Kaolin asli akan menyedut segala kotoran tersumbat dalam kulit manakala Malachite pula akan bertindak melindung kulit daripada punca kerosakan agresif.
Menariknya masker ini, pembukusannya juga amat bertepatan dengan kegunaan harian. Tiub masker ini disertai berus yang diperbuat daripada arang di mana, pengguna perlu memusingkan kepala berus kepada “on” sebelum memicit keluar produk seterusnya menyapu ke permukaan kulit.
Dengan cara ini, kandungan produk akan terpelihara daripada serangan bakteria malah dapat mengawal pembaziran produk. Setelah selesai, boleh bilas dan cuci bahagian kepala berus dengan air sejuk seperti biasa (tak perlu guna sabun).
Mask daripada This Works ini adalah sebahagian produk baharu di Sephora untuk musim bunga 2018, boleh beli pada harga RM153 di sini > [KLIK]
Selamat beramal! ❤