Perempuan paling takut bila mengandung iaitu berat badan bertambah naik!
Tapi dalam takut itu, makan tak ingat dunia, macam-macam mengidam sampai jadi pening para suami. Bila badan dah naik mulalah dah pasang azam untuk jadi langsing lepas bersalin.
Sebenarnya tak perlu tunggu selepas bersalin atau waktu pantang, semasa tengah mengandung kalau anda bijak dan berusaha untuk kekal berat badan pun boleh. Naik sikit-sikit tak mengapa demi baby jangan ter’over’ itu sahaja. Paling penting anda tahu pantang larang makan dan mengamalkan diet sihat.
Jadi bagaimana nak kekal badan langsing walaupun mengandung?
#1 Kawal makan manis
Selalu mengidam nak makan makanan manis kalau mengandung, itu tandanya anda mengalami perubahan hormon tapi tak bermakna anda kena ikut sahaja kehendak tekak. Kawal pengambilan gula atau makanan manis anda gantikan dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti yogurt rendah lemak atau gula. Jaga-jaga ya kerana tinggi gula dalam darah boleh buat anda menghidap diabetes dan risiko melahirkan anak.
#2 Kafein
Elakkan mengambil kafein ketika mengandung kerana ia boleh menganggu tidur dan diet anda. Masalah pemakanan boleh terjadi apabila anda mula menggantikan waktu tidur dengan makan. Tak boleh tidur, buat apa lagi kalau tak makan sebagai memuaskan nafsu. Ingat ya, gula dan kadar kafein tidak baik untuk bayi.
#3 Bersenam
Salah satu kunci untuk kekal cergas ketika hamil ialah dengan bersenam. Sekurang-kurangnya lakukan pergerakan 150 minit seminggu sekali (bersenam) tak kiralah samada anda mengandung atau tidak. Tak salah untuk anda beraktiviti cergas sama seperti sebelum anda mengandung. Punca utama jadi gemuk bila mengandung, anda kerap tidur dan makan semata-mata.
#4 Makanan laut?
Ada orang kata ibu mengandung tak elok makan makanan laut. Eh, taklah..ikan itu sendiri sumber omega-3 yang bagus untuk pembesaran mata dan otak bayi. Malah untuk si ibu pula memperbaiki kesihatan jantung dan mengurangkan rasa stres dan tekanan.
Cara nak kawal berat badan ketika mengandung sama sahaja sebelum kita mengandung. Amalkan pemakanan yang seimbang dan lebihkan sumber yang segar. Cuba jauhkan dari makanan proses atau makanan segera ya. Kesian baby..