Selepas dua tahun bercinta, bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik tampil mengesahkan bahawa hubungannya dengan supermodel Gigi Hadid sudah pun berakhir setelah beberapa ketika tidak senang duduk saat mengetahui cerita panas itu sudah sampai ke perhatian media dan netizen.
Lewat petang semalam, setelah ramai peminat mula tertanya-tanya apakah berita itu sahih atau pun tidak, Zayn bertindak memuat naik status menerusi akaun Twitternya untuk berterus terang dengan semua pihak.
Zayn menulis: “Gigi dan saya telah melalui sebuah fasa yang sangat bermakna, penuh dengan kasih sayang serta merupakan sebuah hubungan yang menyeronokkan. Saya juga amat menghormati Gigi sebagai seorang wanita dan sahabat.
— zayn (@zaynmalik) March 13, 2018
“Dia memiliki hati yang tulus. Saya rasa bersyukur kerana kesemua peminat kami bisa menghormati keputusan yang sukar ini dan memberi ruang kepada kami buat masa ini, kami harap berita ini seharusnya datang daripada pihak kami terlebih dahulu. Kami sayang anda semua,” tambahnya.
Tidak lama selepas Zayn berterus-terang, Gigi pula mengeluarkan kenyataan berhubung krisis itu, juga menerusi akaun Twitternya:-
https://twitter.com/GiGiHadid/status/973640377839374337
Biarpun sebelum ini keduanya pernah dilanda gosip yang mengatakan bahawa mereka sudah bertunang namun kini spekulasi itu tidak lagi bermakna kerana kedua-keduanya sudah pun bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.
Ramai di antara peminat yang kecewa dengan keputusan dua bintang itu tetapi Zayn, 25, dan Gigi, 22, ada mengulas lanjut tentang perpisahan mereka bahawa semuanya berpunca daripada tekanan kerja.
Menurut portal berita The Sun, mereka berdua memang sudah putus tetapi keduannya masih lagi berkawan dan menyokong positif satu sama lain.
Terdahulu, Zayn mula berpacaran dengan Gigi selepas dirinya murung kerana putus tunang dengan ahli kumpulan Little Mix, Perrie Edwards.