Memang hebat penangan filem Bajrangi Bhaijaan yang berjaya menebus pasaran China dengan membawa kutipan sehingga RM90 juta!
Tidak dapat dinafikan walaupun sudah tiga tahun release di pawagam India, Bajrangi Bhaijaan masih lagi menjadi filem wajib tonton samada di India atau Malaysia. Kini, netizen China pula sekali lagi menjadikan filem lakonan Salman Khan dan si cilik Harshaali Malhotra box office di luar India.
Angka 90 juta itu diterima selepas baru sahaja 9 hari ditayangkan di China. Menurut laporan lagi, ini merupakan kali pertama nama Salman Khan dibawa ke China selepas Aamir Khan.
Filem arahan Kabir Khan mengisahkan seorang lelaki Hindu menjalankan misi untuk membawa pulang kanak-kanak perempuan pekak dan bisu pulang ke Pakistan. Pelbagai reaksi yang diterima dari penonton selepas menonton filem ini dan mesej utama yang disampaikan ialah iktibar tentang persaudaraan antara dua negara India dan Pakistan.