Rasanya tahun ini anda ingin bercuti di mana? Dah fikir lokasi yang menenangkan malah boleh memberi kenangan terindah sepanjang percutian? Kalau masih lagi tengah merancang, Wanista ada idea!
Jika anda inginkan percutian yang menenangkan fikiran, percutian yang boleh memanjakan diri, maka MATTA Fair 2018 yang akan datang tidak hanya akan menjanjikan percutian yang tidak dapat dilupakan. Apa tidaknya, anda dapat menikmati simpanan sehingga 50% di mana-mana pusat peranginan untuk percutian musim panas atau musim sejuk mengikut pilihan.
Percutian dengan keluarga hanya bermula dari RM 1,191 setiap dewasa dan RM 715 setiap kanak-kanak di Cherating Beach, Malaysia atau percutian yang indah di Villas Finolhu, Maladewa dari hanya RM 7,679 seorang.
Yang pasti percutian Club Med menjanjikan ketenangan dan memori indah. Jadi, jangan lupa ke MATTA Fair pada 16 Mac hingga 18 Mac 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur untuk mengetahui promosi hebat lain dari Club Med.
Untuk info lanjut, sila ke www.clubmed.com.my atau Facebook Club Med.