Demikianlah cakap orang tua-tua, “Kalau dah jodoh tak akan ke mana”.
Frasa itu membuktikan betapa kuatnya jodoh pasangan dari China ini apabila wanita bernama Zue itu menyedari bahawa suaminya bernama Ye pernah termasuk dalam rakaman fotonya 18 tahun lalu.
Foto itu dirakam pada hari, waktu dan kawasan yang sama dekat sebuah bandar Qingdao di China walhal ketika itu mereka belum pernah mengenali satu sama lain.
Lebih mengejutkan, kedua suami dan isteri itu bergambar di hadapan tugu yang sama cuma keduanya dirakam menggunakan kamera yang berlainan membuatkan mereka tercengang sebaik menyedari perkara itu.
Untuk pengetahuan semua, foto itu dirakam pada tahun 2000 namun hal itu baru disedari pasangan Zue dan Ye ketika melihat kembali foto-foto lama mereka semasa remaja. Usia perkahwinan mereka kini sudah 7 tahun sejak berkahwin sekitar 2011.
Me looking through my photos searching for my future cinnamon apple in the background. pic.twitter.com/WyWfV2s91m
— 📿 (@iwatmidwt) March 14, 2018
Cerita mereka tular sehingga mendapat perhatian ramai termasuk media kerana hal itu dianggap sangat luar biasa dan jarang berlaku meskipun adalah tidak mustahil jika setiap seorang daripada kita mungkin pernah berselisih dengan jodoh kerana dunia ini diibaratkan sangat kecil.
Hasil daripada perkahwinan, Zue dan Ye dikurniakan anak kembar dan menganggap mereka memang ditakdirkan bersama cuma, belum sampai masanya untuk mereka mengenali satu sama lain sewaktu berselisih di tempat yang sama dahulu.