Model dari Sweden menjadi internet sensasi dengan pengikut ratusan ribu hanya di Instagram. Terima kasih kerana kakinya yang panjang, yang rata-rata disukai oleh pengikutnya.
Ibu yang mempunyai 2 orang anak, mengejutkan dunia dengan kepanjangan kakinya, lebih kurang 40 inci – lagak persis zirafah, tetapi menurut Ia Ostergren, aset terbaiknya bukanlah kaki tetapi leher jinjang dimiliki.
Mempunyai fan-base yang kuat di Rusia, siapa sangka model 34 tahun ini pernah menjadi mangsa buli ketika remaja, semuanya gara-gara fizikal tinggi lampai. Rakan-rakan di sekolah bertindak melemparkan kata-kata keji dan kesat terhadap fizikalnya sehingga pada satu tahap mengalami kemurungan yang teruk.
Sehinggalah pada tahun 2013, dia mula melibatkan diri dalam bidang suka dan belajar untuk mencintai diri sendiri. Berkahwin dengan ahli bina badan juga dari Sweden, Tobjorn Ostergen, kini dia merasakan hidupnya lebih teratur dan hanya makan 2.2kg daging seminggu untuk mengekalkan otot.
Dah tinggi melangit pakai lagi tumit tinggi……WOW!
Lumrah manusia tak boleh tengok orang lebih, ada sahaja tak puas hati. Nasib dia mula pupuk minat bersukan, cuba bayangkan kalau terus dibuai dengan perasaan murung, nescaya makin gelap hidup dia….