Tahukah anda rantaian kafe termuka San Francisco Coffee yang kini dikenali sebagai SF Coffee adalah jenama dan syarikat kelahiran Malaysia?
BACA: 25 Jenama Mewah Disangka “Overseas Brand” Ni Sebenarnya Buatan Malaysia!
Baru sahaja menjalani fasa penjenamaan semula, San Francisco (SF) Coffee tampil memperkenalkan menu minuman baharu yang lebih menyegarkan, disisip dengan rasa teh hijau asli dipanggil Matcharena sepanjang bulan Mac hingga 30 April nanti.
Menariknya tentang Matcharena, ia merupakan minuman frappe teh hijau yang tidak begitu memualkan seperti frappe teh hijau di kedai lain melihatkan kandungan gula dan krim tenusunya seimbang seterusnya tidak menenggelamkan rasa teh hijau yang diselit bersama. Lebih menarik, perisa vanila juga diadun bersama untuk memberi kenikmatan berganda kepada penggemar minuman berkrim sebegini.
Untuk terus menyebarkan aura kemeriahan Matcharena yang namanya diinspirasi dariapda muzik ikonik Sepanyol “Macarena”, bermula 10 hingga 31 Mac ini jangan ketinggalan untuk memenangi baucer kopi “Buy 1 Free 1” dari SF Coffee dengan memuat naik rakaman video anda membuat gerak tari “Macarena” versi tersendiri dan berdurasi sekurang-kurangnya tiga saat sama ada di platform Facebook atau Instagram sambil disertai hashtag #SFCoffeeMatcharena.
Matcharena ditawarkan dalam dua saiz termasuklah saiz biasa (16oz) pada harga RM16 dan saiz besar (20oz) pada harga RM17.
Sehingga kini, SF Coffee memiliki lebih 39 buah cawangan sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pahang yang bukan sahaja menampilkna menu kopi semata-mata bahkan turut menyediakan hidangan enak berbentuk pasta, sandwich dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.sfcoffee.com] atau lawat laman Facebook rasmi SF Coffee di [www.facebook.com/sfcoffee].