Siapa tidak impikan kulit wajah lembut dengan tona sekata seperti bayi.
Untuk itu, Estee Lauder, profesional dalam prosedur kosmetik dan dermatologi menggunakan pendekatan holistik untuk meremajakan wajah telah memperkenalkan Perfectionist Pro Rapid Firm + Lift Treatment Acetyl Hexapeptide-8.
Mengambil pendekatakan holistik, produk ini mampu menegang dan mengangkat wajah termasuk di tiga zon kritikal – pipi, rahang dan garisan degil setiap kali ketawa.
Berdasarkan sepuluh tahun penyelidikan dalaman, Estee Lauder Perfectionist Pro Rapid Firm + Lift Treatment secara komprehensif mampu memberi keanjalan menerusi bahan Acetyl Hexapeptide-8 – untuk membina semula dan membetulkan kembali struktur muka.
Pengunaan berterusan boleh memberi kulit lebih terhidrat dan berseri dalam hanya satu hari sahaja. Dalam masa tiga hari, kulit wajah lebih lembut dengan tona sekata. Dan dalam masa 14 hari, kulit berasa lebih kukuh, dan kontur wajah, termasuk rahang dan pipi, kelihatan lebih terangkat dan runcing terletak.
Produk ini sudah tersedia di semua kaunter Estee Lauder bermula Mac 2018, dijual pada harga RM510.