Siapa peminat fanatik program Keeping Up With The Kardashian pasti perasan dengan Stephanie Shepherd yakni pembantu Kim K. Tapi setelah dipecat pada November tahun lalu, banyak pula onar mengenai wanita ini dikeluarkan.
Sama cantik dengan bekas bos, Stephanie kini melangkah masuk ke dunia modelling pula. Lebih mengagumkan beliau kini menjadi wajah kepada jenama barangan kemas tersohor indie, 8 Other Reasons. Pose yang digayakan oleh Stephanie nampak berani dan berkeyakinan.
https://www.instagram.com/p/BgXeSPUFIZb/?utm_source=ig_embed
Wanita cantik ini mula berkhidmat dengan keluarga Kardashian sejak 2013 lagi dan beliau juga merupakan pengurus operasi dalam jenama Kardashian West.
Walaubagaimanapun, ada laporan mengatakan Stephanie kurang pandai dalam melaksanakan urusan perniagaan. Malah, Kim K telah memberi masa yang panjang untuk dia menyesuaikan diri namun Stephanie tidak mempunyai ilmu dalam tugas tersebut.
Lebih mengejutkan, Stepahie lebih rapat dengan Kourtney berbanding Kim yang hanya bercakap mengenai urusan kerja.
https://www.instagram.com/p/BgWt6W0FppA/?taken-by=steph_shep
Dari sumber People pula, perhatian yang diterima dari media dan pengikut Instagram membuatkan Stephanie sudah berlagak seperti selebriti dan menyimpang tugasnya sebagai pembantu Kim Kardashian. Sepatutnya, beliau sedar siapa dirinya dan melakukan kerja bukan berdamping bak Kardashian-Jenner.
Senang cerita, orang sekarang memang ramai nak ambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Tak gitu?