Pelakon yang terkenal menerusi siri Glee, Darren Criss menghadapi kritikan baru-baru selepas lantang mengulas tentang asal usulnya, di mana seolah-olah dia lebih suka tidak dikenali sebagai Asia Amerika.
“Ibu saya Asia Amerika. Dia dari Filipina dan datang ke sini, kemudian berkahwin dengan seorang lelaki kulit putih, wujudlah saya,” jelas aktor 31 tahun itu.
Dia menjelaskan lagi, walaupun dirinya separuh Filipina tetapi sehingga sekarang dia belum mempunyai pengalaman casting untuk watak sedemikian.
“Saya selalu mengatakan salah satu perkara yang saya suka tentang diri saya ialah saya berketurunan separuh Filipina tetapi saya langsung tidak kelihatan seperti itu. Saya kelihatan seperti lelaki Caucasian, dan ia sangat menyenangkan,” ulasnya.
Siapa sangka kata-katanya itu menerima kritikan netizen khususnya pengguna Twitter yang merasakan Darren tidak berbangga dengan asal usulnya malah lebih senang dikenali sebagai Caucasian, yang memudahkan dia mendapat panggilan casting.