Lagi pedas, lagi enak! Sedapnya memang tidak terkata dan anda wajib je sini untuk mencuba sendiri ayam goreng Korea yang disediakan restoran Nene Chicken yang kini baru sahaja melancarkan cawangan keduanya dalam Malaysia di pusat membeli-belah The Starling selepas di SkyAvenue, Genting Highlands.
Untuk pengetahuan semua, restoran Nene Chicken di The Starling ini mampu memuatkan lebih 120 orang pelanggan dalam satu-satu masa bahkan turut menyediakan ruang makan di luar beranda kedai, pastinya sesuai untuk mana-mana tetamu yang mahu menyambut parti ulang tahun sambil dikelilingi hidangan ayam goreng Korea!
Mula diperkenalkan sejak 1999 Nene Chicken telah berkembang pesat ke serata Asia termasuklah Singapura, Australia dan Hong Kong. Setiap satu ayam goreng telah diperam dan disalur tepung yang sudah diramu dengan resepi rempah rahsia sebelum digoreng rangup dan disira dengan sos pedas yang mengagumkan.
Sehingga kini, Nene Chicken masih lagi mengejar potensi serta melihat peluang besar untuk membuka lebih banyak cawangan restoran ayam goreng Korea di serata Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.nenechicken.com.my] atau lawat laman facebook rasmi Nene Chicken Malaysia di [www.facebook.com/nenechickenmalaysia].
Alamat: Starling Mall, Level 2, Lot S226 Starling Mall branch, Jalan ss21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor Malaysia