Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

10 Kali Puteri Diana Cuma Ibu ‘Biasa-Biasa’

by Afiqah Syamin
March 20, 2018
Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai sangka kalau dah namanya pun puteri raja, mesti dia adalah insan yang paling bertuah kerana senantiasa didampingi pembantu yang bertugas bagi melengkapkan rutin harian mereka. Tak perlu bergegas untuk memulakan hari, malah ada yang beranggapan si puteri raja cuma perlu ‘lepas tangan’ malah bersenang-lenang seperti dalam drama dan filem-filem tentang kehidupan keluarga diraja yang kita tonton di kaca televisyen.

Namun ramai tidak tahu bahawa, seperti Puteri Diana yang dipuja ramai, beliau tidak pernah mengharapkan orang lain untuk menguruskan hal rumah tangganya termasuklah untuk membesarkan kedua anaknya iaitu Putera William dan Harry meskipun bergelar isteri kepada Putera Charles.

Percaya atau tidak, tidak hairan mengapa beliau adalah insan yang diminati dan dihormati ramai kerana sifatnya begitu bersahaja dan langsung tidak obses dengan panggilan “Princess” pada panggal namanya. 

Foto - Bagaholic

Oh Rupanya Beg Tangan Lady Dior Dinamakan Sempena Puteri Diana

January 21, 2021
Foto - Town & Country Magazine / Biography

Menjadi Orang Ketiga Dalam Hubungan, Baca Kisah Prince Charles Dan Camilla Parker Bowles

December 28, 2020

Untuk itu, ini 10 bukti Puteri Diana adalah seorang ibu yang ‘biasa-biasa’.

#1 Mengajar Anak Mengenali Huruf Pertama

Sumber: Pinterest

Dari anak-anaknya masih kecil, Puteri Diana sering bermain dengan mereka dan dalam masa yang sama menyelit pembelajaran tidak langsung menerusi permainan-permainan santai seperti puzzle dan sebagainya.

#2 Menemani Sambil Mengajar Anaknya Menunggang Kuda

Sumber: Pinterest

Sebagai ahli dalam keluarga diraja, sukan berkuda adalah suatu kemestian. Oleh itu sedari kecil beliau sudah membiasakan anak-anak untuk menunggang kuda dan bermesra dengan haiwan supaya bisa menjadi insan yang mengasihani haiwan apabila besar nanti.

#3 Menghantar & Mengambil Anaknya Dari Sekolah

Sumber: Pinterest

Mesti ramai yang menggambarkan seorang puteri cuma perlu melawa di dalam dan di luar istana semata-mata untuk tatapan umum. Akan tetapi, seperti Puteri Diana, beliau sebaiknya akan berdampingan dengan kedua anaknya bahkan beliau sendiri yang akan menghantar dan mengambil mereka selepas selesai waktu persekolahan.

IKLAN

#4 Menjadi ‘Objek’ Hiburan Anak-Anak

Sumber: Pinterest

Ini perkara biasa untuk ibu dan anak-anak jika bersuka-ria di tepi pantai. Kita juga semasa kecil mesti pernah menanam ibu kita di dalam tanah kan? Biarpun mungkin dilihat kurang sesuai, Puteri Diana tidak kisah andai anak-anaknya mahu menjadikannya objek hiburan.

#5 Menolak Stroller Anak

Sumber: Pinterest

Tidak bergantung harap kepada pembantunya, Puteri Diana dengan selamba menolak stroller anaknya sendiri tanpa rasa segan silu biarpun diperhatikan lensa kamera daripada jauh untuk merakamkan aktiviti hariannya sebagai seorang puteri raja.

#6 Pastikan Anak-Anak Dalam Keadaan Selamat

Sumber: Pinterest

Tidak seperti kebanyakan ibu di luar sana yang takut untuk melepaskan anak menyertai aktiviti ekstrem. Biarpun laut pasang berombak, Puteri Diana tidak kisah untuk membiarkan anaknya bersuka-ria asalkan dirinya ada di sisi untuk memerhati.

#7 Periksa Kerja Sekolah Anak

Sumber: Pinterest

Sebagai seorang yang berpelajaran, Puteri Diana tidak pernah mengajar anaknya untuk mewah bahkan mahu anaknya berjaya dalam bidang akademik yang diceburi. Sebab itulah acap kali, beliau akan memeriksa semua kerja sekolah yang dibuat anak-anaknya agar tidak ada kesalahan yang dilakukan.

#8 Berseronok Di Taman Tema

Sumber: Pinterest

Tidak seperti puteri raja lain yang hanya banyak menghabiskan masa di dalam istana, Puteri Diana langsung tidak kisah andai dirinya perlu lencun basah sekalipun. Asalkan, beliau dapat melihat senyuman girang anak-anaknya.

#9 Dedahkan Anak Dengan Muzik

Sumber: Pinterest

Seperti ibu bapa lain, Puteri Diana juga mendedahkan anaknya dengan muzik untuk melihat potensi mereka.

#10 Menenangkan Anak Yang Sedang Moody

Sumber: Pinterest

Sebagai seorang ibu yang baik, beliau sering memberi perhatian penuh kepada anak-anaknya sehingga mereka begitu rapat… bukan sahaja berlandaskan hubungan antara ibu dengan anak malah juga sebagai sahabat yang saling menenangkan. Puteri Diana tidak pernah jemu untuk memujuk anaknya.

RUJUKAN

Tags: Cara Puteri Diana Jaga Anak-AnakIbu Yang Baikprince harryPrince Willamprincess dianaputeri dianaSifat Keibuan Puteri Diana
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.