Koleksi aksesori edisi terhad Hello Kitty yang bergaya – beg tote, beg makan tengahari, beg kosmetik dan sarung komputer riba kini menjadi bualan hangat pelanggan Guardian dan peminta kucing comel di dunia!
Terdapat dalam dua warna ceria iaitu ungu dan merah jambu sebagai mesej ceria dan semarakkan kasih sayang yang direka khas bagi meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu.
Koleksi “Hello Kitty Hello Confidence” boleh didapati di stor Guardian bermula 8 Mac hingga 18 April. Sebelum ini, Guardian Malaysia telah memperkenalkan koleksi istimewa “Hello Kitty Celebrates” pada 1 Februari hingga 7 Mac bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
Rekaan ekslusif ini hanya ditawarkan pada RM25 dan kebawah sahaja! Pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya produk tanpa penaja.
Peminat Hello Kitty jangan terlepas peluang untuk rebut koleksi ini.