Setelah hampir 2 tahun dibangunkan oleh Kumpulan JL99, akhirnya mercu tanda rekreasi unik baharu di Selayang kini membuka pintunya kepada umum untuk merasai sendiri suasana alam permai di 99 Wonderland Park yang berlokasi di Tasik Sri Murni.
Khabarnya, taman rekreasi itu meliputi kawasan seluas 8.9 hektar dan telah menelan kos belanja pembinaan sebanyak RM18 juta.
Asalnya dahulu, ini adalah kawasan kolam yang terbiar dan ternyata ia kini kelihatan lebih cantik dengan lampu neon hiasan LED yang berwarna-warni yang sangat mengujakan lebih-lebih lagi untuk kunjungan pada waktu malam.
Antara tarikan yang menarik adalah termasuk ‘hatchery & incubator room’, ‘deer yard’, ‘ostrich farm’, ‘bird square’, ‘rabbit house’, ‘duck lagoon’ dan binatang-binatang eksotik serta kemudahan-kemudahan seperti Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise.
Dibuka dari jam 6 petang hingga 9.30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis manakala dari jam 6 petang hingga 10 malam untuk hari Jumaat hingga Ahad.
Namun begitu, untuk memberi peluang kepada semua, pengunjung kini boleh masuk ke 99 Wonderland Park secara percuma hingga 13 April nanti.