Orang kata fesyen sebegini hanya sesuai untuk golongan yang tinggi lampai, wanita berisi atau petite tidak sesuai kerana ianya akan menampakkan susuk lebih kecil dan rendah. Buang tafsiran sebegitu dan berani mencuba kelainan dan yang paling penting anda yakin pada diri, seperti yang ditonjolkan oleh Diva Jennifer Lopez.
Rasanya beliau layak mendapat jolokan ratu jumpsuits. Semuanya berkat potongan badan ‘hourglass’ yang dimiliki jadi apa sahaja yang dipakai pasti terletak sempurna walaupun dia sudah melewati 40-an berserta dengan 2 orang anak. Acapkali memilih jumpsuits, J.Lo sering memakainya sama ada untuk majlis formal mahupun santai, malah ketika beraksi di pentas juga.
#1 Memilih imej remaja, kali ini J.Lo selesa mengenakan jumpsuits yang mempunyai elemen 70-an. Yang penting body J.Lo memang idaman!
#2 Merah mak ngah J.Lo dalam jumpsuits rekaan Zuhair Murad.
#3 Tadi merah mak ngah, ini pula sequin pelangi. Rasanya tak semua orang berani tampil sebegini.
#4 J.Lo berjaya membuatkan jumpsuits see-through kelihatan elegan sekali. Helaian ini dari koleksi Zuhair Murad Couture Spring 2014.
#5 Body Goal! Kalah orang muda okay.
Yang pasti, fesyen jumpsuits ini selesa dan menyenangkan, tidak perlu mengenakan pakaian lain, hanya cukup onesies sahaja.