Geli dan menakutkan, itulah perkataan yang keluar dari mulut mereka yang tidak sukakan dengan serangga berkaki lapan ini.
Anda yang jarang mengemas rumah pasti perasan akan penyewa yang tidak diundang ini memasang sarang di sudut siling rumah. Bila tiba masa untuk membersih sawang mereka, ada labah-labah yang lari dan ada juga yang berani attack anda semula!
Rasanya tak sanggup biar badan dihinggap dengan si kaki lapan ini lagi. Lebih baik halau mereka terus.
Wanista sediakan beberapa bahan semulajadi yang baik untuk menghalau labah-labah, bukan membunuh ya…
#1 Minyak daun pudina + cecair pencuci pinggan
Sediakan tiga cawan air, 1 sudu teh pencuci pinggan dan minyak daun pudina. Campurkan kemudian letakkan dalam botol semburan. Ingat bahan ini hanya untuk menghalau ia, jadi sembur pada sudut yang sentiasa jadi tumpuan ia bersarang.
#2 Kulit kayu manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan taburkan di luar kawasan rumah. Ia sebagai penghalang untuk labah-labah memasuki dalam rumah.
#3 Kulit limau atau oren
Jangan buang kulit oren atau limau yang anda makan, sebaliknya letakkan di bahagian sudut selalu labah-labah berada. Rupanya labah-labah tidak suka akan bauan citrus.
#4 Air garam (membunuh)
Sama seperti air semburan #1 tapi dengan air garam ia boleh membunuh labah-labah. Mudah sahaja, campurkan satu sudu besar garam dengan air suam, larutkan dan simpan dalam botol penyembur.
Rasanya anda tak perlu keluar duit pun untuk beli penyembur bertoksik. Guna sahaja cara semulajadi diatas dan ucapkan bye bye spider!