Beauty Junkie! Wanista ada something untuk korang semua. Rimmel London, jenama kosmetik No.1 di UK kini telah tiba di Malaysia…
Rimmel London yang merupakan jenama alat solek canggih mewakili gaya gadis London yang asli, jujur, berani, yakin dan pandai mengekspresi diri. Slogan jenama ini ‘HIDUPKAN GAYA LONDON’ bersesuaian dengan keunikan kota London yang memiliki kekayaan budaya, kebebasan dan kepelbagaian. Ia juga mengambil inspirasi di mana kecantikan adalah inklusif – wujud dalam pelbagai warna, gaya, ciri-ciri dan tarikan yang berbeza.
Peminat-peminat solekan boleh mendapatkan produk-produk utama Rimmel London, ‘Stay Matte Liquid Lip Colour’ baharu dalam 15 warna untuk gaya berani yang tahan lama dan rangkaian produk kening inovatif ‘Brow This Way’ untuk #browlikecara; serta mengenali rangkaian penuh produk-produk Rimmel London di cawangan-cawangan Watsons dan Guardian yang terpilih di Semenanjung Malaysia.
Layari Halaman Facebook rasmi Rimmel London Malaysia atau ikuti kami di Instagram di @rimmellondonmy untuk maklumat lanjut mengenai produk, ilham gaya solekan yang menarik atau untuk berhubung dengan kami bagi memberikan maklum balas mengenai produk atau gaya.