Bab pilih tandas sebenarnya agak peribadi. Ia mengikut kehendak dan keselesaan individu itu sendiri. Kalau diikutkan kini terdapat dua jenis tandas yakni tandas duduk dan tandas cangkung. Ada sesetengah rumah, ada dua jenis tandas ini dan sebaliknya.
Tiada bezanya dua tandas ini, ia bekerja sebagai tempat sistem pembuangan sisa dari manusia iaitu najis, muntah, darah haid atau apa sahaja. Tapi apa bezanya tentang rekaan tandas ini, satu anda kena mencangkung dan satu lagi anda hanya perlu duduk.
Ada pula yang kata sistem perkumuhan lebih baik dengan tandas cangkung. Benarkah?
Cangkung vs duduk
Tandas cangkung digunakan secara meluas di negara-negara Asia dan Afrika. Pergilah sampai ke China, Jepun, Turki atau Uganda sekalipun pasti anda akan jumpa tandas cangkung. Namun di Perancis telah digunakan sejak abad 20 termasuklah negara-negara Eropah Timur dan Russia. Jadinya, tandas cangkung dikategorikan sebagai tandas tradisional berbanding tandas duduk yang dianggap lebih moden.
Ramai yang berpendapat tandas cangkung lebih bersih, ini kerana tiada sentuhan kulit berbanding tandas duduk. Ada betulnya, tandas jenis duduk punya risiko mengotorkan pakaian dari percikan air takungan tandas. Namun tandas duduk paling sesuai untuk warga tua dan kelainan upaya yang susah untuk mencangkung.
4 alasan kena pilih tandas cangkung
#1 Secara azalinya, najis lebih mudah keluar apabila bukaan rektum yang luas dan otot sekeliling lebih rileks.
#2 Kajian mendapati pengguna tandas cangkung rendah risiko dalam jangkitan kolon usus.
#3 Kebanyakan pengguna tandas duduk lebih banyak meneran dan menyebabkan buasir luar!
#4 Perasan tak, pembuangan lebih rasa puas dan terelak dari masalah sembelit.
Kalau tak biasa atau tiada tandas cangkung, anda boleh guna teknik ini…
Squat potty atau tapak kekuda ini dapat menukar cara tandas duduk dengan mencangkung. Ia sudah digunakan secara meluas di barat atau mana-mana rumah yang tidak punya tandas cangkung. Walaubagaimanpun cara ini kurang berkesan dan tidak sama semulajadi dengan mencangkung.
Persoalannya sekarang ternyata kebaikan dalam sistem pembuangan lebih menjurus kepada tandas cangkung. Namun seperti yang dikatakan ia lebih kepada sifat peribadi dan keselesaan pengguna.