Solekan pada hari perkahwinan sangat penting kerana pada waktu itulah kita semua mahu kelihatan berseri dan paling menonjol dikalangan ramai. Iyalah, siapa sahaja yang boleh lawan dengan pengantin. Bukan sahaja busana, aksesori malah tatarias juga menjadi tumpuan utama tetamu untuk melihat anda.
Tidak ramai pengantin di Malaysia gemar berias semulajadi, kebanyak dari kita memilih untuk heavy makeup dan bermain warna-warna garang. Buat anda yang mahu tampil seri cantik manis…
Dari karpet merah Hollywood, Wanista bawakan beberapa idea solekan natural dan ringkas untuk majlis perkahwinan anda.
#1 Rosie Huntington-Whiteley
Oles sahaja gincu merah jambu pastel bak supermodel ini.
#2 Kerry Washington
Tak perlu merah terang, cukup dengan rona blushy untuk menaikkan seri merah merekah bibir.
#3 SZA
Kalau berani, ikut bibir glossy yang sangat natural ini dan bulu mata palsu yang ekstra!
#4 Chrissy Teigen
Titipkan highlighter pada setiap sudut wajah! Biar berkilau ketika wajah disimbah cahaya lampu.
#5 Jasmine Tookes
Nak lain dari yang lain? Tiru warna bibir ombre si seksi Jasmine.
#6 Gal Gadot
Tak salah rasanya kalau nak glowing dengan menggunakan bronzer.
#7 Cardi B
Pembayang mata rona emas paling sesuai untuk look natural tau.
#8 Lady Gaga
Gariskan eyeliner dialis kelopak mata dan bawah mata untuk kesan mata galak. Tak perlu tebal-tebal.
Mekap yang mana anda berkenan untuk dihari bahagia nanti? Kongsikan dengan Wanista!