Jika anda gemar menonton program bertemakan fesyen atau gaya hidup wanita pasti perasan dengan gelaran ‘It Girl’. Begitu juga dengan produk-produk kecantikan yang memperkenalkan rangkaian yang hanya pada It Girl.
Siapa sebenarnya It Girl?
Kalau dari sejarah It Girl adalah gelaran untuk gadis-gadis British kelas atasan pada abad-20. Selain itu It Girl ada untuk mereka yang cantik dan bergaya mengikut fesyen semasa.
Penggunaan ‘it’ bermula dari sebuah cerita pendek karya Rudyar Kipling pada 1904 dan novelis terkemuka British Elinor Glyn.
With It, you win all men if you are a woman and all women if you are a man. It can be a quality of the mind as well as a physical attraction. – Elinor Glyn, 1927
Sejak 1990 lagi, It Girl sering dikaitkan dengan kekayaan. Jadinya gadis yang lahir dalam keluarga berharta, elit dan dalam golongan selebriti.
Kalau menurut penulis, It Girl di Malaysia lebih menjurus kepada influencer yang popular di laman Instagram sebagai contoh Ameera Khan dan seangkatan dengannya.
Dari majalah Vanity Fair, mari kita kenali beberapa It Girl terulung di dunia yang bermula pada tahun..
1900: Evelyn Nesbit
Bermula kerjaya sebagai model di New York dan mengahwini jutawan Harry K. Thaw yang membayai pakaian dan apartment miliknya. Namun akibat cemburu, Evelyn dibunuh sendiri oleh suami dengan tembakan di Madison Square Garden.
1920-1930: Daisy Fellowes
Pewaris kepada pencipta mesin jahit Singer ini bukan biasa-biasa. Sahabat baik Daisy merupakan pereka fesyen terkenal Coco Chanel dan Elsa Schiaparelli. Beliau suka mengumpul koleksi barangan kemas dari jenama berkelas tinggi seperti Van Cleef & Arpels, Belperron dan Cartier.
1940-1960: Gloria Vanderbilt
Pewaris hartanah kekayaan Vanderbilt sejak kecil lagi sering menjadi tumpuan media. Kerap berulang-alik dari New York dan Paris sehinggalah menempa kerjaya sebagai model pada usia 15 tahun. Kini pada usia 92 tahun, beliau menetap di New York.
1960-1980: Nan Kempner
Sosialit New York ini sangat hebat dalam berfesyen dan pernah tampil dibarisan hadapan peragaan Yves Saint Laurent sebanyak 62 kali! Moto hidupnya ialah “the best part of a party is getting dressed to go,” .
1970-1990: Grace Jones
It Girl yang lain dari yang lain! Gemar berambut pendek dan tampil dalam bentuk ‘kasar’. Model asal Jamaica ini terus melangkah menjadi seorang penyanyi dan aktress. Jangan tak tahu, beliau pernah berlakon bersama Arnold Schwarzenegger, Christopher Walken dan Halle Berry.
1970-1980: Iman
Supermodel ini merupakan anak kepada ahli diplomat dan doktor yakni bijak dari segi ilmu. Iman mampu bertutur dalam lima bahasa dan menjadi bintang sensasi selepas memonopoli jenama mewah Halston, Saint Laurent, Versace dan Calvin Klein. Pernah berkahwin sebanyak dua kali tapi penyanyi terkenal David Bowie adalah cinta terakhirnya.
2000-2010: Olivia Palermo
Tak perlu perkenalkan lagi siapa Olivia Palermo yang kini digelar sebagai sosialit New York. Jika dahulunya beliau hanya seorang blogger fesyen tapi mengorak langkah sebagai usahawan, pereka fesyen dan It Girl. Instagram Olivia menjadi tumpuan sebagai cetusan idea #OOTD.
2010 hingga sekarang: Kendall Jenner
Tak kenal Kendall Jenner? Tipulah.. Karier sebagai model sudah mula dapat dilihat dalam Keeping Up with the Kardashians. Fizikal yang tinggi lampai dan kecantikan semulajadi miliknya membuatkan Kendall tidak pernah putus menerima tawaran peragaan. Hidup Kendall dikelilingi oleh golongan elit, sosialit, selebriti dan orang berpengaruh.
Adakah anda punya standard untuk dipanggil It Girl? Ouch!