Setiap tahun, kita pasti mempunyai azam baru dan salah satunya adalah termasuk menjaga kecantikan dan kesihatan diri yang bukan sahaja tertumpu kepada kesejahteraan fizikal semata bahkan dalaman juga diutamakan.
Penjagaan mulut sering diambil remeh oleh kebayankan orang terutamanya rakyat Malaysia yang rata-ratanya cuma bergantung harap pada berus gigi dan ubat gigi. Namun, tahukah anda memberus dan berkumur sahaja tidak cukup untuk menjaga kesejahteraan gigi dan mulut?
Bersempena Hari Kesihatan Oral Sedunia, rangkaian penjagaan oral sistematik Philips Sonicare tampil menjadi rakan global FDI World Dental Federation untuk mnejadi penaja utama bagi sambutan tahun ini. Philips melancarkan kempen “SayAhh: Think Mouth, Think Health”, ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum betapa pentingnya penjagaan oral perlu diterapkan dalam diri sejak peringat awal, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
https://www.instagram.com/p/BgkeVrYAC3D/?hl=en&taken-by=wanistadotcom
“Kami ingin semua tahu bahawa tabiat merokok sebagai contoh bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan oral termasuk gigi dan gusi bahkan ia juga akan memberi efek negatif kepada kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.
Berus gigi elektrik dari rangkaian Philips Sonicare juga sesuai buat pengguna yang memakai pendakap gigi…
“Manakala, minuman dan makanan bergula pula, akan menyebabkan kerosakan gigi untuk jangka masa pendek. Namun jika tidak dipantau dan tidak disertai penjagaan gigi yang sistematik, ia bakal membawa padah sehingga menjadi punca kepada kemunculan plak (karang gigi) degil di celah-celah gigi lalu menyebabkan masalah oral yang lebih ekstrem, ” jelas Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara untuk Philips Malaysia.
“SayAhh: Think Mouth, Think Health”
Untuk keterangan lanjut berkenaan kempen “SayAhh: Think Mouth, Think Health”, sila klik [www.worldoralhealthday.org]. Philips Sonicare boleh dibeli di semua kedai elektronik Philips seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan. Lawat laman sesawang rasmi Philips Malaysia di [www.philips.com.my]