Klise sangat bila orang nak pergi bercuti sampai luar negara katanya puas bila dapat menikmati pemandangan indah sambil menerokai negara orang. Memang betul. Tapi siapa tahu apabila di negara orang, rata-rata kita bakal membutukan pemandu pelancong dan lebih parah apabila kita perlu bergantung-harap pada pengangkutan awam semata-mata. Itu belum fikir isu betapa susahnya untuk mencari makanan halal.
Pendek kata, melancong sendiri sebagari solo traveller atau bagpackers ini hanya untuk orang-orang yang berhati kental dan gemarkan cabaran. Jadi, bagimana dengan mereka yang mahu percutian yang memudahkan dan menenangkan tanpa gangguan serta masalah?
Jika anda adalah insan yang sedang gian mahu melancong tapi dalam masa yang sama hendak berjimat, mula merancang sekarang untuk percutian di atas cruise kerana memang banyak kelebihan dan pengalamn menarik menanti anda!
#1 Bercuti Sambil Travel!
Seperti yang semua orang tahu, kapal cruise akan berlayar dari satu tempat ke satu tempat. Apabila sampai di sesebuah perhentian, penumpang bisa turun dan bersiar-siar di destinasi tersebut sebentar bagi menikmati keindahan tempat tersebut bahkan, boleh juga melakukan beberapa aktviti menarik yang ada di tempat berkenaan.
Jadi bukanlah bermaksud apabila naik cruise itu, kita hanya akan menghabiskan masa beberapa hari di atas kapal semata-mata.
#2 Terokai Banyak Destinasi Pada Satu Harga
Senang kata, bila bercuti dengan cruise ni… korang dapat peluang untuk pergi lebih banyak tempat pelancongan pada satu harga! Cukup berbaloi kan? Lebih seronok kalau pergi dengan kawan-kawan, keluarga atau yang tersayang terutamanya untuk berbulan madu.
Kebiasaannya, cruise akan tawar tiga destinasi dalam satu perjalan ulang-alik 4H3M sebagai contoh: Kuala Lumpur – Phuket – Singapura.
Untuk itu, setiap penumpang yang terlibat dalam pelayaran berkenaan berpeluang bukan sahaja menginap di bilik hotel yang disediakan di atas kapal bahkan boleh juga turun melawat sebaik berada di perhentian Phuket dan Singapura nanti.
#3 Lebih Masa Untuk Relaks
Bayangkan masa di atas cruise nanti sepenuhnya milik anda! Letak telefon pintar dan kerja di belakang dan manfaatkan masa sepenuhnya untuk diluangkan untuk makan, berhibur dan berehat sepuasnya selama beberapa hari!
Tak perlu risau kerana keselamatan di atas kapal cruise akan dipantau dari masa ke masa bahkan makanan yang disediakan juga semuanya bertaraf lima bintang.
Mengikut pengalaman mereka yang pernah menaiki cruise, rata-ratanya berpuas hati dengan servis yang disedikan bahkan di cruise juga terdapat pusat membeli-belah kecil yang menyediakan barangan bebas cukai buat anda yang tidak mahu melepaskan peluang untuk shopping!
Selain itu, ada juga bilik karaoke, arked, gimnasium, kolam renang, dewan teater, beberapa pilihan restoran dan banyak lagi. Senang kata, semuanya lengkap disediakan untuk kemudahan penumpang.
#4 Bayar Untuk Pakej Lengkap (All-Inclusive)
Tiket, penginapan, makan-minum, aktiviti hiburan atas kapal. Semuanya lengkap dan bisa dinikmati dengan sekali bayaran sahaja! Mengikut pada destinasi yang dituju, harga adalah berbeza dan lebih lama dan jauh destinasi yang dituju, lebih mahal harga pakej yang akan dikenakan.
Mengikut bajet masing-masing, harga untuk pelayaran 4 hari 3 malam di sekitar pulau Malaysia serta pulau-pulau terdekat lain seperti Thailand, Medan dan Singapura adalah dari RM900 hingga RM1,100 dan ke atas, tetapi tidak melebihi RM2,000 seorang.
Boleh semak harga pakej cruise semasa di laman web ini [netcruise.com.my].
Sebenarnya memang banyak faedah dan tarikan bila bercuti menaiki cruise yang ramai orang belum tahu. Kalau teringin, bolehlah kumpul duit daripada sekarang okay?
Selamat bercuti semuanya! ❤