Biasanya bila sebut sneakers pasti kita akan membayangkan barisan jenama sukan seperti Adidas, Nike, Puma dan banyak lagi. Jenama yang menyedia kelengkapan bersukan head to toes.
Seiringan dengan fesyen semasa dari perhatian penulis, sneakers semakin mendapat tempat dan semakin hari kasut tumit ditinggalkan.
Kebanyakan ikon fesyen dan para supermodel mula menggayakan sneakers yang datangnya rekaan dari rumah-rumah fesyen ternama.
Saingan diantara rumah fesyen mula ketara dalam mengeluarkan pelbagai bentuk, gaya sneakers yang lebih kepada berfesyen. 10 sneakers yang dilampirkan ialah dari setiap koleksi, sebenarnya banyak lagi tapi penulis pilih yang mana paling menarik.
#1 Louis Vuitton
Dari koleksi Musim Bunga/Panas 2018, sneakers terbaru Louis Vuitton LV Archlight Sneakers berharga RM4,500. Malah inilah sneaker paling trending, baca: Ini Trend Sneakers Yang Pencinta Fesyen Tengah Obses, Termasuklah Scha Alyahya…
#2 Balenciaga
Mainan tompokan warna dan bentuk kasut Balenciaga ini paling penulis rasa ringkas dan mudah digayakan. Harga Balenciga Triple S hanya lebih kurang RM3,300 dan sold out di laman sesawang Balenciaga!
#3 Chanel
Sneakers trainers dari Chanel ini diperbuat dari kulit anak lembu dan berharga RM3,850. Nak beli? Terus ke laman sesawang www.chanel.com.
#4 Celine
Simple sahaja kan? Sekali imbas dah sama seperi kasut Converse. Oh ya, harga bermula dari RM1,800.
#5 Saint Laurent
Tergamam penulis lihat kasut ini. Hanya sedikit coretan Saint Laurent dan ia berharga RM2,800 keatas. Ok bye.
#6 Dolce & Gabbana
Sesuai untuk siapa yang suka gaya funky dan sarat. Sneakers ini lebih kurang berharga dari RM4,672.
#7 Christian Louboutin
Jangan risau sneakers dari Christian Louboutin juga tampil dengan tapak merah. Hampir kesemua koleksi sneakers CL diperincikan dengan stud, contoh yang ini harganya bermula dari RM3,000 hinga RM5,000.
#8 Versace
Klasik pula bila tengok sneakers Versace ini. Bukan apa, corak yang direka sinonim dengan gaya jenama ini. Ringkas, sama ringkas dengan harga yang anda boleh dapat RM1,200.
#9 Gucci
Kalau anda lihat koleksi sneakers Gucci memang tidak banyak pilihan kecuali dari pilihan corak. Contohnya bagi sneakers dengan sulaman bunga ini berharga RM2,854.30.
#10 Givenchy
Macam kasut sukan sebenar! Eh, memang kasut sukan pun dari jenama Givenchy sahaja yang anda boleh beli pada RM2,420.
Kesudahannya, adakah anda akan membelinya?