Hari ini, dunia fesyen semakin maju memberikan seribu satu ilham kepada pereka untuk tampil lebih berani dengan rekaan meyakinkan. Kreativiti memadankan rona warna, gaya serta fabrik melahirkan ciptaan menarik yang memukau mata masyarakat khususnya golongan yang mengikuti peredaran fesyen.
Sama seperti trend sneakers yang semakin berleluasa, Wanista yakin para pencinta sneakers akan menggemari malah ‘obses’ dengan koleksi Louis Vuitton Archlight, lebih-lebih lagi kepada yang sentiasa mengikut trend semasa.
Louis Vuitton Archlight, sneakers dengan reka bentuk futuristik yang sangat unik, menjadikannya titik fokus walaupun sekadar bergaya ringkas. Sejak dilancarkan, rata-rata penggemar fesyen sakan bergaya dengan chunky sneakers ini.
Siapa mereka yang obses?
Penghibur serba boleh, Anne Curtis
Bintang K-Pop, Sandara Park
Aktres tempatan, Scha Alyahya
Model dan juga isteri kepada Jericho Rosales, Kim Jones
Model antarabangsa, Hoyeon Jung
Bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown
https://www.instagram.com/p/BeIcPxZAHQk/?hl=en&taken-by=milliebobbybrown
Model Hailey Baldwin
https://www.instagram.com/p/BgIGozOALPs/?hl=en&taken-by=haileybaldwin
Korang rasa cantik tak?