Ada peminat Twice di sini?
Bintang K-Pop, Twice bakal datang Malaysia bulan Julai nanti, tapi untuk apa?
IME Asia merupakan penganjur rasmi telah mengesahkan bahawa pemenang daesang untuk Lagu Terbaik di Mama akan membuat pitstop di Malaysia untuk konsert yang akan datang.
Twice bersiap sedia untuk memulakan konsert jelajah kedua mereka”TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park” yang bakal bermula di Seoul, Korea Selatan pada Mei nanti.
Terdiri daripada 9 ahli – Park Jihyo, Im Nayeon, Yoo Jungyeon, Dahyun, Chaeyoung, Mina, Momo, Sana dan Tzuyu akan menemui peminat Malaysia pada bulan Julai di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.
Tarikh: 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam
Tiket: TBC
Kami akan kemas kini butiran tiket konsert sebaik sahaja diumumkan penganjur.