Genap berusia tujuh hari, penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya tampil mengumumkan nama anak perempuan sulung mereka itu yang diberi nama Aiti Aafiyah.
Siti memberitahu, nama Aafiyah itu dipilih kerana sangat bermakda serta cukup indah. Bahkan, ia juga dipetik dari doa yang pernah nabi ajarkan kepada bapa saudara, Abbas bin Abdul Muttalib.
Apabila Al-Abbas bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W apakah doa yang terbaik untuk dibacakan dan baginda menyebut “Aafiyah” bererti ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam ‘afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam ‘afiyah.
Kata Siti lagi, nama itu beliau dapat sewaktu menunaikan Umrah tidak lama dahulu.
https://www.instagram.com/p/BgviqYeB6M5/?hl=en&taken-by=ctdk
Sejak dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara Isnin lalu, puteri sulung penyanyi yang baru muncul dengan single Comel Pipi Merah itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’ sebagai nama sementara, sempena nama anakanda Nabi Muhammad.
Sejak berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Siti telah menunggu selama 11 tahun untuk kelahiran ini dan akhirnya beliau dan suami dikurniakan seorang puteri seberat 3.55 kilogram pada Isnin lalu, 19 Mac 2018, jam 8.17pagi di sebuah hospital tempatan
Majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah yang berlangsung di kediamannya semalam telah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.