Batu permata memiliki sifat alam tersendiri yang sebenarnya bisa digunakan untuk mengubat penyakit jiwa menerusi terapi. Namun awas kerana begitu banyak batu permata yang palsu diluar sana yang dijual para peniaga yang mahu memungut keuntungan. Jika benar anda mahu mencuba terapi batu permata ini, pergi sahajalah ke spa kerana banyak spa yang menawarkan rawatan rohani menggunakan aura positif batu permata.
Imej batu permata yang belum dikilat dan dipotong
Di samping memiliki kebaikan tersendiri, seperti jenis-jenis bunga… kecantikannya yang memukau para wanita juga boleh mengukur sifat seseorang secara kasar menerusi bulan kelahiran yang diwakili setiap batu permata itu.
Wanista tampilkan jenis batu permata mengikut bulan kelahiran yang mungkin memberi kelebihan kepada anda.
#Januari: Garnet
Untuk orang yang lahir pada bulan Januari, permata garnet yang lazimnya berwarna merah kecoklatan ini menjadi simbol kepada keamanan, panjang umur dan kesihatan yang berpanjangan.
Pakar kata, ianya mampu memberi si pemakai aura positif berbentuk kegembiraan, kesihatan dan kemewahan.
#Februari: Amethyst
Berwarna ungu, Amethyst adalah permata paling tepat untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Ia melambangkan keamanan, keberanian dan kestabilan.
Amethyst sesuai untuk anda yang sedang mencari kekuatan untuk menghadapi cabatan mendatang.
#Mac: Aquamarine
Untuk anda yang bertuah lahir pada bulan Mac, Aquamarine yang berwarna biru jernih seperti air laut ini memang memukau!
Ianya bersifat unik seraya menjadi simbol kepada kebebasan, keberanian dan kesucian.
#April: Berlian
Jernih, berstatus serta merupakan antara permata berharga untuk dimiliki. Orang zaman purba banyak menggunakan serbuk berlian hasil daripada permata berlian yang dihancurkan untuk menyembuhkan penyakit serta dipercayai bisa memperbaiki masalah rohani.
Sinonim untuk kelahiran April, ia menjadi simbol kestabilan perhubungan, dan kesenangan yang melimpah-ruah.
#Mei: Zamrud
Berwarna hijau gelap, Zamrud atau lebih dikenali sebagai Emerald dalam bahasa Inggeris ini adalah antara batu permata yang bernilai. Ia lazimnya menjadi pilihan goolongan kerabat-kerabat diraja sebagai aksesori.
Zamrud dikatakan sesuai untuk mereka yang lahir pada Mei kerana menjadi simbol kepada rahmat, belas kasihan serta cinta sejagat.
#Jun: Mutiara
Satu-satunya permata yang berasal daripada air laut, ia terjadi menerusi beberapa lapisan kalsium dan mineral sehingga membentuk sebutir permata sfera.
Mutiara yang menepati ciri-ciri orang yang lahir pada bulan Jun menajdi simbol kepada pengalaman, semangat membina serta kecekalan diri.
#Julai: Delima
Berwarna merah pekat umpama darah, ia adalah antara empat permata yang berharga yang turut disertai Nilam, Zamrud dan Berlian.
Permata delima menjadi simbol kepada motivasi, kejayaan, kestabilan jiwa serta keyakinan diri.
#Ogos: Peridot
Warnanya yang hijau kekuningan itu memang berupaya memikat hati sesiapa sahaja yang memandang. Ia sering digayakan oleh golongan elit pada zaman purba Rom dahulu kala.
Peridot yang serasi dengan mereka berbintang Leo ini menjadi simbol kepada kekayaan, cergas, optimis dan sifat pemurah.
#September: Nilam
Permata biru gelap ini hadir dari keluarga yang sama seperti Delima, Nilam juga terdapat dalam warna lain seperti hitam, hijau, merah jambu, jingga, dan kelabu.
Ia melambangkan kesucian, kebenaran dan sifat sejati.
#Oktober: Opal
Ajaibnya batu permata opal ini, ia bersifat hologram dan warnanya mampu berubah-ubah mengikut pancaran cahaya. Ia biasanya menggabungkan rona biru, kuning, merah jambu, hijau, putih dan keunguan berdasarkan pantulan cahaya.
Opal menjadi simbol utuh kepada sifat keyakinan, rasional pemikiran serta emosi yang stabil.
#November: Topaz
Megahnya batu permata Topaz ini lazimnya berwarna oren atau kuning, ia mencerminkan ketenangan, kecerian serta tuah yang berpanjangan buat si pemakai.
Permata ini lazimnya mampu milik dan ramai orang menggemarinya kerana warnanya yang indah dan mampu memberi kilauan mewah sama seperti berlian.
#Disember: Turquoise
Ini adalah batu permata tertua di dunia, ia telah wujud sejak berjuta tahun dahulu dan sering dikenali kerana warna birunya yang mempersona dan agak kebhijauan sedikit berbanding aquamarine.
Meskipun harganya tidak mahal, tetapi ramai anak muda dan wanita bergaya yang suka gayakan aksesori dari batu permata ini kerana ia bersifat santai dan kelihatan lebih cantik andai dihiasai logam emas.
Selamat beramal!