Siapa di sini yang suka sangat main Slime?
Laporan menunjukkan Slime jenis ‘Crystal Slime Clay’ yang menjadi fenomena di China mengandungi bahan berbahaya yang boleh meragut nyawa.
Crystal Slime Clay mainan berbentuk lendir yang berwarna warni dan amat mudah menarik minat kanak-kanak. Namun, lendir ini disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang turut dikenali sebagai Borax. Bukan hanya boleh menyebabkan keracunan sekiranya tertelan, ia juga boleh mengundang maut.
Borax adalah mineral boron dan garam yang diperoleh dari dalam tanah. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand telah mengharamkan Borax sebagai bahan tambahan dalam makanan. Sekiranya Borax memasuki tubuh seseorang itu dalam itu dalam kuantiti yang banyak ia mampu meracuni organ badan anda.
Jika kanak-kanak bermain barang mainan yang mengandungi Borax ia boleh mengakibatkan berlaku tindak balas biokimia dalam sistem saraf mereka. Secara tidak langsung turut menjejaskan fungsi system endokrin.
Mereka yang mengalami kerosakan kulit seperti luka dinasihatkan agar tidak sama sekali mendekati Borax. Menyentuh mulut selepas memegang bahan mengandungi Borax, akan secara segera menyebabkan bahan beracun itu menyerap dalam tubuh anda. 1 hingga 3 gram Borax sudah memadai untuk meracuni orang dewasa. Jika kuantitinya lebih 15 gram ia boleh mengundang maut. Bagi kanak-kanak pula 3 gram sudah cukup untuk meragut nyawa mereka.
Menurut laporan China Press lendir ini dijual secara terbuka di China tanpa nama syarikat pengeluar dan pensijilan kualiti tertera pada labelnya. Ia dibuat mengunakan sebatian Borax, gam pewarna dan beberapa bahan lain. Ini menjadikan ia menarik pada pandangan kanak-kanak.