Memang biasa kita semua lihat wajah penyanyi bersuara lunak ini dengan full-face makeup.
Berambut putih blonde, bulu mata palsu panjang, contouring yang tebal dan bibir merah menyala. Itulah signature solekan yang sering beliau bawa. Boleh kira dengan jarilah berapa sahaja yang pernah Christina pakai gincu nude.
Berbeza dengan kali ini apabila penyanyi berusia 37 tahun ini tampil dengan wajah ‘telanjang’ tanpa secalit mekap istimewa untuk majalah the Paper. Terkejut bila lihat wajah sebenar Christina dan tampak lebih cantik dari biasa.
Mengenakan gaya rambut bangs dan sedikit perm buat wajah ibu anak dua ini seperti remaja sekolah. Comel pula!
Jika dulu Christina sentiasa dihentam kerana memakai mekap tebal kerana menutup cela cuba lihat sekarang, rupanya kulit wajah dia sangat mulus, segar dan paling penting freckles dibahagian pipi dan hidung buat kulit lebih hidup.
Dari temubual majalah the Paper sendiri, Christina berharap lebih ramai lagi selebriti mempunyai sifat yakin dengan kecantikan sendiri. Beliau memberi contoh, amat mengagumi rapper Cardi B dan memberi nasihat kepada generasi akan datang dengan “be fearless in breaking new boundaries and don’t be afraid to go against the grain of criticism along the way”.