Jenama Elianto. Apa yang anda para wanita tahu tentang jenama ini?
Semalam penulis berpeluang menghadiri sesi pelancaran produk baharu keluaran Elianto, menariknya penulis mengetahui beberapa fakta dan info baru yang penulis harus berkongsi dengan anda semua.
Siapa sahaja dari kita yang tahu bahawa Elianto merupakan produk tempatan? Tiada bukan? Rata-rata para media juga beranggapan Elianto berasal dari negara luar seperti Korea, Taiwan, China dan sebagainya. Siapa sangka produk yang mendapat tempat di hati penulis ketika zaman belajar universiti sebenarnya produk Malaysia. Yayyy…
Pada yang baru mengenali Elianto, ini beberapa fakta baru untuk anda.
#1 Nama Elianto berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud ‘bunga matahari’, diilhamkan oleh gabungan unik keindahan yang dilambangkan oleh bunga.
#2 Walaupun jenama tempatan tetapi keseluruhan pembuatan termasuk pembungkusan dihasilkan di negara luar yang merangkumi Switzerland, Korea, Taiwan, Jerman – mengikut kepada jenis produk yang dihasilkan.
#3 Elianto sudah merombak keseluruhan jenama mengikut trend terkini, daripada konsep feminin kini ke arah minimalis dan eksklusif dengan padanan rona hitam dan putih.
#4 Pada yang tidak tahu, sasaran pengguna Elianto adalah wanita Melayu.
#5 Mempunyai 50 outlets seluruh negara. Akan datang bakal dibuka di Johor, Genting dan beberapa lagi cawangan lain.
#6 Menjadi pilihan pengguna kerana harganya mampu milik, bermula RM20 sehingga RM80.
#7 Produk terlaris ialah Elianto Brilliant Riche Lip Color. Walaupun tekstur matte tetapi produk ini memberikan kelembapan dan ketahanan yang berpanjangan, langsung tidak meninggalkan bibir kering dan tidak selesa.
#8 Elianto tampil rangkaian pencuci muka dari Berries, Pomegranate dan Royal Jelly, setiap satu berharga RM29.90 sahaja.
Antara produk Elianto, yang mana favorite korang? Kongsilah dengan Wanista.