Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Ini Lima Hijab Bertatah Permata Swarovksi Buatan Malaysia

by Afiqah Syamin
March 28, 2018
30
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seperti yang kita tahu, Swarovski adalah permata kristal yang sebenarnya telah diolah untuk mempunyai kilauan gah sama seperti berlian asli.

Menurut sejarah latar belakang jenama Swarovski sendiri, pengasasnya iaitu Daniel Swarovski pada asalnya bukan sahaja mahu menghasilkan potongan facet kristal yang sempurna, tetapi berhasrat untuk membuka peluang kepada golongan serdehana memiliki dan menggayakan aksesori cantik yang kilauannya mirip berlian tampil dengan kristal Swarovski.

Baca sejarah penuh Swarovski di: [WOW! Ini Rupanya Sejarah Mengenai Swarovski]

Foto - @athenathalia (Instagram)

Gaya Athena Thalia, Influencer Indonesia Layak Digelar Fashionista

April 3, 2021
Foto - Arkib Wanista

Antara Tudung Bawal Dan Shawl Mana Lagi Best Pakai

July 14, 2020
Sumber: Giphy

Swarovski kini bukan sahaja dimanfaatkan sebagai barang kemas dan perhiasan kristal di dalam rumah semata, ia juga sinonim dengan fesyen yang banyak diguna-pakai sebagai perincian berkilau pada fabrik.

Istimewa untuk anda yang mahu tampil gemerlapan sebagai muslimah paling glamor Aidilfitri tahun ini, Wanista tampilkan lima pengeluar tudung yang keluarkan rekaan tudung bertatah kristal Swarovski.

#1 Bawal Exclusive

Sumber mendedahkan bahawa tudung termahal yang pernah dijual jenama ini menjangkau RM33,000… seperti namanya, Bawal Exclusive adalah peneraju yang mula-mula memperkenalkan tudung dengan hiasan kristal Swarovski ini sehingga telah berkembang pesat dan dikenali ramai sejak 2004.

Sumber: Bawal Exclusive

Meskipun rekaannya cantik-cantik belaka, kebanyakkan harga tudung yang ditawarkan Bawal Exclusive ini mungkin berada di luar kemampuan orang biasa-biasa kerana rekaan Bawal Exclusive ini lazimnya memiliki perincian Swarovski sarat. 

IKLAN

#2 Naelofar Hijab

Sumber: kisahbaru.com

Baru semalam Neelofa mengumumkan koleksi hijab kolaborasinya bersama Zalora untuk Hari Raya tahun ini yang dipanggil “La Dolce Vita”.

Sumber: Instagram/anida_salwani

Selain mempunyai pilihan warna yang pelbagai, aura feminin ada diterapkan menerusi perincian kristal swarovski pada penghujung helaian shawl rekaannya Neelofa kali ini. Ia sesuai buat wanita yang gemar bergaya ringkas namun masih mahu kelihatan cantik!

#3 Duck

Siapa yang tidak kenal dengan jenama tudung yang ini. Merupakan milik kepada usahawan hebat Vivy Yusof, nampaknya baru-baru ini beliau ada memperkenalkan lagi satu rekaan shawl eksklusif bertatah permata Swarovski!

Sumber: Instagram/theduckgroup

Menariknya, batu permata swarovski itu disusun menjadi bentuk itik (logo duck scarves) yang diletak pada bucu penjuru shawl polos.

#4 The Twiq Label

Banyak menawarkan warna-warna lembut yang berasaskan rona pastel, The Twiq Label juga bijak mengetengahkan motif tampalan kristal kreatif, seperti bentuk bunga ros yang disusun cermat ini.

Sumber: Instagram/TheTwiqLabel

#5 Tudung Bawal Miyuki

Miyuki ini hanyalah pengedar batu permata eksklusif. Namun dalam yang sama, mereka turut menghasilkan tudung yang dihiasi permata kristal dengan rekaan menakjubkan.

Sumber: miyuki2u.com

Selain menghasilkan rekaan tersendiri, pembeli juga berpeluang menetapkan rekaan tampalan kristal Swarovski mereka sendiri.

Yang mana satu idaman kalbu? ❤

Tags: Aidilfitri 2018fesyen terkinifesyen tudungKristal SwarovskitudungTudung Ada Batu Kristaltudung bawalTudung Swarovski
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Jangan Sesekali Hantar Mesej Ini Bila Kamu Sudah Putus

Mualaf Bertatu Kena Buang Tatu Dulu Ke Sebelum Mengerjakan Ibadah?

Selain Menjadi Sumber Protein, Ini 7 Kebaikan Salmon Yang Ramai Tak Tahu

Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok

Semudah ABC… Ini Cara Yang Tepat Lakukan Senaman Kegel

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.