Baik berpunca daripada tekanan atau berlaku secara tiba-tiba, sakit kepala yang mengejut bisa sahaja menjejaskan tugasan harian kita. Bak kata orang, “Lebih rela andainya terkena penyakit demam berbanding sakit kepala” kerana gambaran sakit kepala itu kadang-kala sangat ekstrem dan tidak dapat dikawal secara fizikal.
Justeru, sering kali sakit kepala ini dikaitkan dengan keadaan diri yang tertekan dan dihimpit masalah seklaigus, membuatkan kepala terlalu banyak berfikir sehingga terjadinya kesakitan melampau di sekitar bahagian kepala.
Namun, tahukan anda jenis sakit kepala bisa ditentukan menerusi lokasi kesakitan itu berlaku? JomWanista jelaskan…
#1 Sebelah Bahagian Kepala
“Berpunca dari masalah Migrain”
Lazimnya, migrain akan menyerang satu bahagian kepala dan ia digambarkan sebagai keperitan yangberdenyut-denyut. Adakalanya, si penghidap turut akan mengalami mual dan terasa ingin muntah.
Orang yang mingrain sensitif terhadap bunyi-bunyian bingit, pancaran cahaya terang, serta bau-bauan yang tidak menenangkan.
Parahnya migrain, sakit kepala ini akan datang tiba-tiba termasuk ketika sedang tidur lalu membuatkan penghidap terjaga serta-merta dan kesakitan ini akan berlanjutan hingga beberapa jam lamanya atau mungkin menjangkau tiga hari berturut-turut.
#2 Keseluruhan Dahi & Sekitar Kawasan Mata
“Berpunca dari masalah penghadaman”
Sering dialami mereka yang tidak mengamalkan diet seimbang, kesakitan ini digambarkan sebagai menyucuk-nyucuk dan ia akan bertambah teruk andainya penghidap berbaring.
Untuk pengetahuan semua, sakit kepala yang turut dipanggil “cluster headache” ini bisa menyerang dari 10 minit hingga tiga jam lamanya bergantung kepada kekuatan seseorang. Dalam kes lain, sakit kepala ini turut akan membuatkan mata seseorang berair, sembab bahkan hidung tersumbat.
#3 Tertumpu Di Bahagian Atas Kepala Hingga Ke Belakang Leher
“Berpunca dari tekanan jiwa”
Apabila seseorang tertekan, banyak urat utama dalam badan mula menegang dan bersimpul membuatkan kesakitan kepala bertambah parah.
Jika anda mengalami pening kepala menyeluruh yang berterusan sehingga melibatkan bahagian belakang leher, anda sebenarnya tertekan. Kesakitannya berdenyut-denyut dan ada sesetengah pesakit ini menjelaskan yang mereka adakalanya sensitif dengan cahaya serta bunyi-bunyian.
#4 Dahi Hadapan Hingga Ke Tulang Hidung & Bawah Mata
“Berpunca dari selesema teruk”
Ia menyerang bahagian belakang dan sekitar mata sehingga ke tulang hidung serta di sepanjang kawasan dahi. Sakit kepala jenis “sinus” ini terasa seperti ditekan-tekan pada bahagian yang berkenaan.
Cuba berbaring dan bersandar kerana berdiri dan berada dalam keadaan badan tertunduk bisa menyebabkan kesakitan menjadi-jadi. Simptomnya adalah termasuk bengkak wajah, demam, telinga terasa pekak dan lain-lain.
#5 Hanya Di Bahagian Hadapan & Sisi Dahi
“Berpunca dari tekanan dan kebimbangan”
Jika anda mengalami sakit kepala yang ini, anda mungkin telah melalui hari yang sangat malang. Sakit kepala yang terjadi pada bahagian dahi dan di sisi dahi ini biasanya berpunca dariapa masalah luaran yang kemudian menggugat fikiran kemudiannya menyebabkan kesakitan kerana terlalu banyak berfikir.
Ia bukanlah sakit kepala yang teruk tetapi apabila menyerang, penghidap turut akan merasakan kesakitan di sekitar telingga, kesukaran untuk menganga mulut serta kesakitan di sekitar wajah.
Selamat beramal! ❤