Pertama dalam sejarah di Pakistan nekad mengupah seorang “trangenders” sebagai pembaca berita di saluran berita negara tersebut.
Marvia Malik, seorang graduan kewartawan yang juga pernah bekerja sebagai model memberitahu BBC, dia menangis apabila ditawarkan pekerjaan yang menjadi idamannya itu.
Selepas tiga bulan latihan, Marvia akhirnya bertugas di penyiar swasta Kohenoor pada Jumaat lalu.
Sedia maklum, golongan trangenders menghadapi diskriminasi di Pakistan dan rata-rata mereka terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan. Paling teruk mereka dipaksa menari atau melacur demi mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan.
Tak dapat diluahkan dengan kata-kata, Marvia menjelaskan dia menjerit sekuat hati apabila mendapat tahu dia ditawarkan pekerjaan tersebut.
Kini, Marvia berharap kerja yang diperolehinya akan membantu memperbaiki kehidupan masyarakat transgenders di Pakistan.