Penampilan wanita pertama Korea Utara, Ri Sol-Ju mendapat pujian ramai selepas menemani suaminya, Kim Jong-Un dalam lawatan mengejut ke China. Bukan sahaja netizen di China malah serata dunia menyukai pemilihan fesyen yang dikenakan oleh wanita comel tersebut.
Bahkan, pereka fesyen Hong Kong, William Tang Tat-chi, berkata gaya itu “subtle” tetapi tidak konservatif dan masih menampakkan manisnya.
Rata-rata netizen di media sosial Weibo, memuji penampilan anggun wanita 29 tahun yang simple memakai kombo dress dan blouse rona putih krim bersama pointed heels juga dari rona yang sama. Ada juga yang membanding beza gaya Ri dengan Peng Liyuan, wanita pertama China.
“Ri Sol-Ju kelihatan sangat cantik dan mesra. Saya merasakan dia seorang first lady yang baik, lebih baik daripada kakak Kim,” kata seorang pengguna.
Difahamkan, Ri Sol-Ju merupakan salah seorang ahli “Army of Beauties” pada tahun 2005. “Army of Beauties” merupakan kumpulan sorak, mereka bukan sahaja akan dinilai dari segi bakat malah akan dilihat menerusi rupa paras.
No wonder isteri Kim Jong-Un ni cantik, comel….