Bila musim panas dan hujan ada sahaja yang kaitkan dengan demam selesema. Namun sebenarnya ada yang lupa, sikap dan penjagaan diri juga mempengaruhi kesihatan diri.
Buat anda yang sering jatuh demam dan selesema, cuba lihat ada tak sikap atau rutin dibawah ini anda lakukan?
#1 Henti gigit kuku
Ini cara paling mudah kuman nak pindah masuk ke dalam mulut. Cuba pastikan adakah anda selalu dengan tabiat gigi kuku dan sering selesema.
#2 Kekal hidrasi
Orang demam dan selesema wajib mengambil air masak dengan banyak. Ia bukan sahaja ‘membuang’ kuman dalam badan, malah badan yang kekal hidrasi tidak mudah jatuh sakit atau terkena jangkitan.
#3 Dapatkan tidur yang cukup
Dicadangkan untuk tidur tujuh hingga sembilan jam sehari untuk pencapaian kualiti tidur dan kesihatan yang sempurna. Kajian mendapati kualiti tidur yang lemah tidak menghasilkan sel imun yang baik.
#4 Berjalan keluar
Suka memerap dalam bilik? Cukuplah. Cuba berjalan keluar, bersiar-siar menghirup udara segar dan melakukan regangan badan.
Selamat beramal!