Jambatan HKZM (Hong Kong-Zhuhai-Macau) yang merupakan projek mega di China ini boleh dianggap sebagai salah satu seni bina yang hebat menghubungkan Hong Kong, Macau dan Zhuhai di selatan China daerah Guangdong.
Khabarnya, besi untuk membina jambatan ini cukup untuk membina lebih 60 buah mercu Eiffel Tower.
Telah mengambil masa selama lapan tahun untuk siap dibina serta 6 tahun persiapan sebelum itu, lapor sumber Xinhua, majoriti kerja-kerja utama pembinaan itu sempat disiapkan pada penghujung Disember tahun lalu namun kini, ia masih meneruskan penstrukturan sampingan dan belum lagi dibuka untuk kegunaan umum.
Menurut laporan lagi, jambatan ini secara kesleuruhan memanfaatkan 420,000 ton besi untuk mendirikan jambatan sepanjang 55 kilom
eter bersamaan 34 batu. Ini bermakna ia cukup untuk membina 60 buah Eiffel Tower yang dipercayai hanya menggunakan 7,000 ton besi setiap satunya.
Bagaimanapun, tidak dikemukakan berapakah anggaran kos sebenar pembinaan jambatan laut terpanjang di China ini, termasuklah pembinaan sebuah bangunan mewah di atas pulau buatan manusia di penhujung laluan jambatan tersebut meskipun ada khabar angin yang mengatakan ia mungkin telah menelan belanja sebanyak 100 billion yuan.