Dilaporkan perut seorang wanita Australia kembung lima kali ganda selepas Mi Jepun yang dimakan langsung tidak dicerna selama hampir dua minggu.
Pesakit berusia 61 tahun mengadu sakit perut dan muntah selama 10 hari di Jabatan Kecemasan Cabrini Health di Melbourne. Wanita tersebut mendakwa dia mula mengalami gejala-gejala itu selepas makan seluruh paket Mi Jepun Konjac ketika perut kosong.
Menurut Pengarah Kesihatan Cabrini Dr Michael Ben-Meir, doktor mendapati bahawa perutnya penuh dengan mi yang tidak dicerna yang menyebabkan penyumbatan.
Walaubagaimanapun jenama tersebut tidak didedahkan, dilaporkan ianya dibeli dari pasar raya tempatan di Melbourne.
Dr. Ben-Meir memberi amaran bahawa walaupun mi tersebut baik, tetapi terdapat risiko kesihatan jika tidak dimasak dengan betul.
“Mi itu superit selulosa, ia tidak jatuh ke bawah dan telah menyekat perutnya. Perutnya semakin membesar, ia adalah antara lima dan tujuh kali ganda lebih besar daripada yang sepatutnya,” jelas Dr Ben-Meir.
Konjac glucomannan ialah serat yang berasal dari tumbuhan konjac yang terdapat di Jepun, China & Korea. Dikenali sebagai shirataki noodles di Jepun. Baru-baru ini mendapat sambutan kerana mempunyai kiraan karbohidrat hampir sifar dan sebahagian besarnya terdiri daripada serat makanan, keupayaan penurunan berat badan.