Selatan tanah air kini menjadi tumpuan pelancong samada dalam negara dan luar negara.
Johor Bahru, ibu negeri bagi Johor Darul Takzim menawarkan pelbagai destinasi menarik tidak kira untuk pengetahuan budaya, tradisional mahupun moden.
Seiringan dengan penduduk yang pesat, bandar ini menyediakan keperluan dan kemahuan yang mencukupi lebih-lebih lagi dalam kepuasan membeli-belah. Tidak sama seperti bandar lain, Johor Bahru kini mempunyai pelbagai pusat membeli-belah utama.
Bila anda ke JB jangan lupa singgah mana-mana shopping mall dibawah ini,
# Aeon Shopping Mall
Di Johor sahaja terdapat enam pusat membeli-belah Aeon termasuklah di Aeon Bukit Tinggi dan Aeon Tebrau. Paling baru dibuka ialah di Aeon Bandar Dato’ Onn pada 7 September 2017. Seperti biasa di Aeon anda boleh mendapatkan pelbagai makanan Jepun dengan mudah.
# Komtar JBCC
Penulis pernah pergi ke Komtar JBCC ini. Disini anda boleh dapatkan pelbagai butik jenama mewah dan sesuai untuk bawa anak-anak juga, sebab apa? Ditingkat tiga Komtar JBCC anda sekeluarga boleh beriadah di Taman Aktiviti Angry Birds. Malah Komtar JBCC juga bersambung depan pusat membeli-belah popular Johor Bahru City Square. Baca: 10 Gambar Taman Tema Angry Birds Di Komtar Johor Bahru!
# Paradigm Mall
Paling kecoh! Pembukaan Paradigm Mall yang terletak di Skudai mendapat tumpuan bukan sahaja dari orang Johor malah luar. Mana tidaknya ia pusat membeli paling terbesar dengan ukuran 1.3 juta kaki dan tujuh tingkat. Selain 500 kedai, Paradigm Mall JB mempunyai pusat luncur ais. Wah, bestnya!
# Ikea
Ikea di Malaysia hanya ada tiga di Malaysia, salah satunya di Tebrau, Johor Bahru. Rasanya paling ramai berkunjung di Ikea bukan sebab nak membeli produk sangat tapi untuk menikmati bebola daging popular Ikea. Betul tak? Ikea Tebrau juga menyediakan kemudahan bas percuma dari Terminal Larkin dan Muzium KTM setiap hari.
# Toppen Shopping Centre
Bakal dibuka khas untuk orang Johor sahaja! Toppen Shopping Centre akan dibuka pada pertengahan 2019 yang disambung terus dari Ikea Tebrau dan Aeon Tebrau. Toppen bukan sahaja tempat untuk membeli-belah malah bakal menjadi pusat rekreasi dan komuniti untuk penduduk setempat. Dibahagian atas bangunan Toppen juga akan dijadikan sebuah piazza, taman komuniti dan pelbagai lagi aktiviti berasaskan kemasyarakatan.
Rasanya bukan orang Johor sahaja yang teruja dengan pembukaan Toppen, pasti rakyat Singapura turut berpusu ke Johor Bahru selepas ini.