Hari-hari makan luar. Sampai bila? Nak tunggu bila sudah berlaki baru nak belajar memasak.
Alasan tak tahu memasak sebenarnya sudah lapuk, untuk mudah hanya telefon delivery sahaja. Sekali-sekala boleh tapi kalau setiap hari macam ini, memang bankrup la jawabnya. Tak mampu masuk kelas, boleh belajar dekat Youtube, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi video di internet. Bukankah zaman sekarang semuanya di hujung jari sahaja?
Siapa yang betul-betul nak belajar, Wanista kongsi 5 Instagram paling mudah korang boleh follow. Bukan sahaja masakan tempatan Melayu, bahkan sehingga ke Thai, Western ada…
#1 Raffie Yusoff
Rasanya semua orang mengenali anak muda ini. Bukan sahaja segak malah pandai memasak pula. Pelbagai juadah telah dicubanya, dari Melayu sehinggalah ke Korea. Hebat tau!
#2 Khairulaming
Siapa yang tidak kenali lelaki muda ini. Setiap video masakannya miliki jutaan view sahaja. Penkek mudah, minuman buble tea, makanan Thai serta bermacam lagi ada di Instagramnya. Memang best!
#3 FinFinCooking
Kapsyen bahasa Thai, jangan bimbang kerana setiap video punya sari kata bahasa Inggeris. Langsung tiada masalah!
#4 ICookWeEat
Ini pula untuk anda yang nak belajar masakan Melayu, video sangat jelas daripada penyediaan masakan sehinggalah siap.
#5 Masak with Passion
Milik 3 wanita Kelantan yang gemarkan memasak dan membakar. Penulis terhibur melihat setiap juadah mereka, cukup terliur!
Mudahkan? Lepas ni tiada alasan tak pandai memasak…