Jika anda merupakan penonton setia siri TV Amerika Syarikat “Suits”, pasti anda mengetahui bahawa Korea akan muncul dengan drama Suits. Yes remake! KBS 2TV telah mengeluarkan teaser pertama yang dibintangi oleh dua aktor hebat Jang Dong-Gun dan Park Hyung-Sik.
Suits merupakan drama undang-undang yang berkisarkan tentang dua peguam di firma guaman terhebat di Korea, di mana Park Hyung-Sik akan memainkan peranan Go Yeon Woo, seorang genius tanpa ijazah kolej atau lesen untuk bidang perundangan. Sebaliknya, Jang Dong-Gun akan memainkan peranan Choi Kang Suk – seorang peguam terkenal, yang mengupah Go Yeon Woo.
Di Amerika Syarikat, drama popular tersebut mula ditayangkan sejak 2011, untuk remake pula, dua teaser telah dikeluarkan dan ternyata teaser tersebut banyak diperkatakan kerana cukup gah dan sofistikated, memaparkan Jang Dong-Gun dan Park Hyung-Sik dalam watak masing-masing.
Bukan itu sahaja, berita pembuatan semula Suits turut mendapat reaksi positif dari para pelakon dan krew produksi Suits Amerika, rata-rata mereka cukup teruja dengan teaser dan poster.
Second,
How crazy is this poster? I gots to get one. I gots to. @KleinGene is working on it… pic.twitter.com/u915Ddavl8— Aaron Korsh (@akorsh9) March 24, 2018
Like it?!?! I Love it!!!! Congrats Suits Korea!!!!!!! https://t.co/bznSSzdvS8
— Gabriel Macht (@GabrielMacht) March 31, 2018
Me too!! https://t.co/ZE90gdSgJ2
— Rick Hoffman (@RickHoffman_) March 24, 2018
Wah memang hebat! Dilaporkan drama ini akan mula ditayangkan pada 25 April 2018 jam 10 malam (waktu Korea).