Di Oklahoma, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bernama Madden ini selalu dibuli kerana menghidap penyakit “Heterochromia Iridum” yang membuatkan penampilan bebola matanya memiliki warna berbeza di kedua-dua belah. Bukan itu sahaja, Madden juga pernah sumbing sewaktu masih bayi dahulu.
Kelemahan fizikalya itu sering diperlekeh oleh rakan-rakan sebaya sehinggalah suatu hari, Madden bertemu dengan seekor kucing yang memiliki kekurangan istimewa yang sama dengan dirinya!
Seolah sudah ditakdirkan oleh tuhan, kucing itu yang diberi nama “Moon” kini merupakan sahabat karib Madden. Moon sebelum ini tinggal di sebuah rumah kebajikan haiwan sebelum diambil oleh keluarga Madden kerana kondisinya saling tidak tumpah seperti Madden.
Madden dan Moon berkongsi kekurang yang sama iaitu memiliki kondisi mata “Heterochromia Iridum” serta bibir yang sumbing… lazimnya menyerang 1 peratus daripadakalangan populasi.
Menurut ibu Madden iaitu Christina Humphreys, anaknya itu kini semakin pulih dan telah menjalani lebih 6 pembedahan untuk membetulkan kembali keadaan bibirnya yang sumbing.
Dalam pada itu, kehadiran Moon juga setidaknya telah mendorong Madden untuk membesar seperti kanak-kanak normal kerana menyedari kekurangan itu adalah suatu keistimewaan yang ajaib buat dirinya yang unik kerana memiliki fizikal yang lain dariapda yang lain, sama seperti Moon.