Pernah tak terbayang berjalan di sekitar Korea dengan lelaki tempatan yang biasa orang perempuan panggil Oppa?
Nak tahu tak, di sana ada khidmat pelancongan yang dipanggil “Oh My Oppa.”
Mereka buat apa? Bermula 1 April 2018, anda boleh menempah oppa yang segak dan kacak bergaya setiap kali anda ke Korea Selatan. Kiranya oppa ini akan berkhidmat sebagai tour guide sepanjang percutian di sana.
Apa itu Oh My Oppa?
Oh My Oppa adalah perkhidmatan pelancongan antara oppa (panggilan untuk lelaki yang lebih tua) dan pelancong asing. Mereka akan dikenali sebagai rakan perjalanan anda dan mereka berasal dari Korea Selatan sendiri. Laman web ini juga menjanjikan bahawa oppa akan memberi anda pemahaman yang lebih baik tentang budaya, tradisi dan sejarah Korea Selatan.
Merupakan khidmat panduan perjalanan, jadi anda perlu membayar bil berkongsi untuk makanan, bayaran masuk ke lokasi terpilih dan perbelanjaan lain. Setiap oppa mempunyai keistimewaan tersendiri, ada sebahagian daripada mereka masih pelajar dalam jurusan akademik, ada yang mengikuti perkembangan dunia K-Pop, rata-rata Oppa adalah seorang yang penghibur dan kelakar bahkan yang sudah bekerja dalam bidang seni bina. Paling penting, setiap oppa boleh bercakap dalam bahasa selain bahasa Korea.
Wahhh.. Lepas ni kalau penulis ke Korea, bolehlah dapat oppa yang comel macam BTS Jimin?