Sedih, gembira, teruja atau apa sahaja yang dikaitkan dengan emosi pasti memberi kesan pada hati dan ada kalanya boleh membuat bulu roma meremang.
Contohnya mendengar penyanyi mencapai not paling tinggi, pasti naik meremang satu bulu roma badan. Sama seperti mendengar cerita hantu, bila sampai kemuncak pasti masing-masing merasa seram sejuk dan timbul pula hantu lalu belakang. Mengarut!
Jadi apa sebenarnya meremang bulu roma ini?
Ia sering dikaitkan dengan refleks emosi dan suhu yang tidak boleh kawal. Memang tiada siapa yang boleh buat bulu roma naik dengan sendiri. Bulu roma jadi meremang apabila folikel bulu distimulasi oleh saraf yang memberi kontrasi pada sel otot kecil yang dipanggil arrector pili.
Manusia vs haiwan
Menariknya, bukan sahaja manusia boleh meremang malah sama juga dengan haiwan mamalia. Cuba lihat kalau kucing hendak marah atau mengamuk pasti naik semua bulu badannya. Cuma apa yang membuatkan beza manusia dan haiwan. Haiwan menggunakan lebih banyak bulu manakala manusia pula lebih kepada refleks otot pada kulit.
Kelebihan bulu roma meremang
Refleks ini membantu otot untuk sedia bekerja dan membantu memberi haba badan badan ketika cuaca sejuk. Ia juga menjaga suhu badan untuk sentiasa konsisten. Sebab itulah ketika demam ada diantara kira merasa seram sejuk kerana badan cuba untuk menstabilkan suhu.
Bila kita rasa terancam juga atau berada dalam situasi berbahaya bulu roma akan meremang kerana otak memberi signal keras kepada otot. Bahagian yang sering meremang ialah dilengan, kaki, leher atau sekitar tubuh yang mempunyai bulu roma tapi jarang sekali untuk meremang sampai ke muka.
Agaknya perkara apa yang pernah bagi anda meremang satu badan?