Menghitung hari sahaja perkahwinan terulung diraja British diantara aktres Meghan Markle dan Putera Harry.
Sejak bergelar tunangan kepada pewaris takhta kelihatan Meghan sibuk sekali turut serta dalam pelbagai acara kenamaan dan kebajikan yang melibatkan keluarga diraja.
Pastilah segenap penampilan yang dibawa keluar menjadi cakap-cakap media samada tentang fesyen atau solekan wajah.
Tahukah anda, sebelum bakal bergelar keluarga kerabat, Meghan kerap muncul dalam beberapa buah majalah kecantikan. Tanpa lokek beliau berkongsi produk-produk kecantikan must wear pada wajahnya dan menurut sumber beliau masih menggunakannya…
#1 Pelembab: Laura Mercier Tinted Moisturizer
Meghan memakai pelembab ini pada setiap hari untuk hasil kulit dewy glow.
#2 Bedak Asas: Giorgio Armani Luminous Silk Foundation
Menurut dari bekas jurusolek Meghan, beliau gemarkan solekan yang tidak tebal dan masih menampakkan freckles pada wajahnya.
#3 Pemerah Pipi: Nars Orgasm Blush
Dari majalah Allure pada Disember 2017, Meghan menyatakan ini pemerah pipi kegemarannya. Ia beri hasil wajah berseri-seri dan sering pakai semasa atau tidak dihadapan kamera.
#4 Salap Bibir: Fresh Sugar Advanced Therapy
Lembut pada bibir dan salap bibir paling terbaik pernah digunakan Meghan.
#5 Gincu: Charlotte Tilbury Matte Revolution Lipstick (Very Victoria)
Paling terbaru! Warna nude pic lembut telah menjadi kegilaan Meghan. Setiap gambar pasti bibir Meghan diwarnai oleh Very Victoria.
#6 Celak Mata: Mac Eye Kohl (Teddy)
Memilih celak mata berwarna coklat gelap untuk kesan natural berbanding hitam.
Pada pendapat penulis, pilihan dari Meghan Markle semuanya bercirikan solekan semulajadi dan tidak berat. Patutlah kulitnya sentiasa berseri dan bersih!
Psst!
Penulis suka lihat cara pandangan mata Meghan Markle terhadap Putera Harry. Totally in love..