Leighton Meester, kita kenalinya sebagai Blair Waldorf dalam siri Gossip Girl. Trademark headbands yang dipakai menjadi fenomena dan kegilaan gadis remaja sehingga hari ini.
Rasanya dah lama kita tak mendengar khabar berita dari aktres cantik ini, terkini, Leighton Meester mengejutkan para peminatnya dengan melakukan transformasi yang cukup panas, bahkan langsung tidak pernah dilihat sebelum ini.
Leighton debut dengan warna rambut platinum blonde yang cukup hot. Bukan rahsia lagi bahawa rambut asal Leighton sememangnya blonde tetapi terpaksa mewarnakan brunette semata-mata bagi memenuhi watak Blair Waldorf.
Cumanya transformasi kali ini paling drastik pernah dibuat Leighton.
https://www.instagram.com/p/BhHRmgbnOAr/?utm_source=ig_embed
Blair Waldorf dah macam little Jennie.
Apa kata anda? Sesuai ke tidak?