Gempar di internet baru-baru ini tentang kisah seorang kanak-kanak perempuna bernama Stefanie Chaglar yang baru sahaja berusia empat tahun, meniru fesyen popular yang pernah digayakan selebriti untuk ke acara-acara berprestij.
Untuk pengetahuan semua, setiap helaian yang digayakan Stefanie adalah hasil DIY dan rata-ratanya nampak serupa seperti mana helaian yang digayakan selebriti berkenaan.
Antara fesyen yang ditiru Stefanie adalah termasuk Rita Ora, Kendall Jenner, Rihanna, Katy Perry, Nicki Minaj dan ramai lagi.
Menurut ibunya, Alevtina, yang berasal daripada Turki, anak perempuannya itu memang gemar memperagakan pakaiaan seperti model. Dia sudah menggayakan dress yang diinspirasikan daripada dress popular selebriti sejak umurnya dua tahun lagi.
Kata Alevtina lagi, dia banyak menghasilkan dress selebriti untuk anaknya itu menggunakan material terpakai yang berasaskan kertas, plastik dan barang permainan lama.
Walau bagaimanapun jelas Alevtina, dia hanya suka-suka menggayakan anaknya sebegitu melihatkan Stefanie juga gemar untuk ligat bergaya dihadapan kamera bahkan kecomelan telatah Stefanie itu turut mengundang persepsi positif dariapda warga internet.
“Di masa hadapan, Stefanie berharap untuk memakai dress seperti Jennifer Lopez, Nicole Kidman, Lady Gaga dan Beyonce pula,” tambah Alevtina.