Sebagai manusia yang berpijak di bumi nyata, kita semua tahu perkahwinan adalah perjalanan hidup yang tidak semudah seperti yang dilihat dalam kebanyakan filem atau drama di televisyen.
Kebanyakannya membayangkan perkahwinan sebagai perkara yang indah belaka namun bagi pasangan suami isteri yang sudah membina rumah tangga, ia dianggap sebaliknya.
Tidak semua perkara berakhir dengan kebahagiaan dan seperti perkahwinan, toleransi adalah kunci kekuatan bagi pasangan itu sendiri sekaligus, perlu dikekalkan jika tidak mahu berakhir dengan perpisahan.
Lima perkara menarik yang boleh dilakukan bersama untuk kekal bahagia hingga ke Jannah.
#1 Shopping Untuk Pasangan Secara Berasingan
Pernah belikan sesuatu untuk pasangan anda sebelum ini? Kali ini, kita lari sikit daripada tabiat membeli biasa.
Anggaplah ini sebagai aktiviti santai untuk menguji cita rasa masing-masing… cuba ubah gaya pemakaian pasangan anda mengikut kehendak diri anda.
Jadi, pergi membeli-belah item fesyen dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk pasangan secara berasingan dan apabila sampai di rumah kelak, pakai pakaian dan aksesori yang telah dibeli oleh pasangan anda itu bersama.
Aktiviti ini pasti akan menggalakkan keintiman anda dan pasangan selain bisa memahami cita rasa si dia dan belajar untuk mencantikkan diri mengikut kehendak pasangan.
#2 Main Permainan
Siapa kata permainan papan atau board games itu hanya untuk kanak-kanak? Inilah masanya untuk anda dan pasangan menjadi muda semula!
Beli permainan papan yang anda berdua suka untuk mengisi masa lapang di rumah pada hujung minggu. Boleh sediakan makanan ringan seperti nachos mahupun popcorn lalu habiskan masa berdua untuk bermain permainan papan itu bersama. Pasti lebih seronok berbanding hanya melepak di hadapan televisyen sehingga tertidur.
#3 Lawat Tempat-Tempat Lama
Ambil masa untuk relaks dan imbau kembali kenangan lama anda dengan pasangan -melawat tempat-tempat yang pernah menjadi tempat kegemaran anda berdua pergi semasa zaman bercinta dahulu.
Lakukan rutin yang biasa dilakukan bersama semasa bercinta dahulu, pasti menyeronokkan dan kelakar lebih-lebih lagi bila ingat balik kenangan lama 🙂
Dari situ, anda akan makin sayang tehadap pasangan mengenangkan yang anda berdua sudah meniti sejauh ini dan berjaya membina rumah tangga yang bahagia, lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang sedang membesar.
#4 Pergi Berkelah
Picnic time! Tiada sesiapa yang akan menolak makanan kerana semua orang, baik wanita mahupun lelaki, makanan bisa sahaja menjadikan kita gembira. Bak kata pepatah, “Kenyang perut, suka hati”.
Lupakan seketika tugas anda berdua sebagai ibu bapa dan demi menghangatkan kembali hubungan, pergilah berkelah bersama. Sediakan makanan yang mudah seperi sandwich mahupun minuman punch untuk dibawa ke lokasi romantis dan nikmatinya bersama.
Ambil kesempatan ini juga untuk berborak sepuas-puasnya kerana mungkin selama ini kita telah mengabaikan perhatian yang dibutuhkan oleh pasangan kita. This is the time for you to make it up to your spouse.
#5 Buat Perancangan Bersama
Kewangan? Pelan masa hadapan? Percutian Idaman? Arah tuju anak-anak? Rumah impian? Semua itu memerlukan komitmen anda berdua sebagai suami isteri. Duduk dan berbincang -tentukan kehendak anda berdua yang ingin dicapai sebelum mencapai umur 30, 40, 50 dan seterusnya.
Cara ini akan sentiasa mengingatkan kalian berdua agar terus kekal bersama demi mencapai target yang telah ditetapkan.
Selamat beramal! ❤