Dah dengar lagu Love Scenario oleh kumpulan K-Pop, Ikon?
Nak tahu tak komposer untuk lagu tersebut merupakan seorang remaja yang masih belum debut tapi punya berbakat yang cukup digerun. Bukan itu sahaja, dengan bakat yang dimiliki, dia khabarnya menerima pendapatan $9000, mencecah puluhan ribu untuk royalti lagu sahaja setiap bulan. Hebatkan?
Choi Raesung, yang juga dikenali dengan nama pena Millenium berjaya mencipta nama seiring dengan nama komposer hebat di Korea walaupun belum debut lagi.
Kini, dia merupakan pelatih di bawah agensi YG Entertainment dan bakal debut dalam kumpulan baru tidak lama lagi.
Sebelum mencipta nama, Choi Raesung terlebih dahulu mencuba nasib dalam K-Pop Star Season 1 tetapi disingkir selepas Round 3. Beruntung kerana Yang Hyun Suk, pengasas YG Entertainment melihat bakat yang dimiliki, dia lantas menyertai agensi tersebut. Di sana, dia belajar cara untuk menghasilkan lagu dari Teddy, produser hebat YG Entertainment.
Berkat itu semua, Choi Raesung berjaya menghasilkan lagu hebat seperti “Tendae”, “Alien”, “Secret”, “Swim”, “Bling Bling” dan “Love Scenario”.
Agaknya anak muda ini bakal jadi seperti G-Dragon kelak?