Wanita sinonim dengan bunga, paling cantik bila bunga diselitkan pada telinga. Aduhai ayunya..
Bunga bukan sahaja cantik dipakai, malah ekstra kebaikan darinya bermanfaat untuk penjagaan kecantikan. Kini kebanyakan jenama kecantikan telah memilih sumber halus dari bunga-bungaan untuk dijadikan sebagai bahan asas krim muka.
Wanista sediakan lima pilihan produk krim pelembab berasaskan bunga! Jadikan kelembutan bunga sebagai pencetus kecantikan asli anda.
#1 Garnier – Sakura White Pinkish Radiance
Teringin kulit putih dan pinkish ala gadis cendol, eh?! Cubalah dengan krim muka dari Garnier yang menggunakan ekstra bunga sakura lembut dan bermanfaat tinggi dari Jepun. Kulit akan menjadi 60% lebih putih cerah merah jambu dalam 4 minggu! Krim seri merah jambu lembut ini menutrisi kulit wajah, membantu mencerahkan tona kulit, dan menyamarkan bintik hitam. Kulit terasa halus dan pori-pori tampak kecil dengan ketara.
#2 Fresh – Rose Deep Hydration
Krim pelembab dari Fresh ini sangat sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Kandungan air bunga mawar merawat kulit menjadi lebih lembut dan minyak bunga mawar pula mengembalikan seri kulit. Walaupun krim ini diformulasi ringan tapi ia tetap mampu mengekalkan kelembapan sehingga 24 jam lamanya! Nak kulit yang sihat cubalah dari Fresh Rose Deep Hydration, dapatkannya di Sephora.
#3 The Face Shop – Fresh Lotus Soothing Gel
Gel pelbagai guna bukan sahaja untuk memperbaiki masalah kekeringan kulit wajah, malah untuk siku, lutut dan tumit kaki. Hebat kan? Diambil dari ekstra bunga teratai jauh di Pulau Jeju, Korea Selatan. Buat anda yang selalu terdedah dengan sinaran matahari boleh amalkan pemakaian gel ini kerana ia bagus untuk kulit penat dan kering.
#4 Good Virtues Co – Brightening Day Cream
Krim siang ini lengkap dengan minyak bunga Habbatus Sauda organik! Diyakini untuk kelembapan mudah menyerap kedalam kulit dan ringan. Malah ia juga baik untuk mengembalikan keremajaan kulit serta kaya dengan pelbagai nutrisi semulajadi. Krim siang dari Good Virtues Co juga mempunyai SPF 30++ sesuai untuk anda yang selalu keluar dibawah pancaran matahari.
#5 Mamonde – Hibiscus Moisture Ceramide Light Cream
Jangan terkejut! Mamonde perkenal kebaikan bunga raya dalam produknya. Apa yang boleh bunga raya lakukan pada kulit anda dengan menjaga ketahanan kelembapan kulit supaya tidak lagi rosak. Selain itu ia sentiasa memastikan kulit terhindar dari segala pencemaran dan menjadikan kulit anda lebih sihat. Kalau anda rasa teringin nak kulit sihat bak Park Shin Hye boleh cuba krim ini tau.
Antara kelima-lima ini yang mana paling anda teringin untuk cuba?